Tak sangka dah setahun berlalu. Dua bulan sebelum tarikh ini, abang ipar paksa saya pergi hospital setelah melihat ubat2 yang saya makan dari klinik. Kadang2 ubat yang di prescribed dari certain klinik tidak sesuai dan lebih parah boleh membahayakan.
Setelah diugut dengan pelbagai kesan jangka panjang, dipujuk kakak. Saya buat keputusan untuk serah diri pada hospital tanpa pengetahuan ummi. Sebab waktu tu ummi outstation, tak nak bagi ummi risau.
Sesampai di hospital, abang terus bawa jumpa doktor. katanya doktor dah ready. masuk bilik saya terkejut lihat segala alat telah tersedia. Dengan mesin, jarum, wayar merata ๐ญ
"tadi abang jaq kata nak check je, ni dah lain"
Saya tak ingat apa nama saintifik rawatan ni, tapi yang saya ingat saya nampak sendiri darah disedut masuk dalam setiap tube2. Dan ayat terakhir :
"pilih tarikh next appointment, Dr nampak ada something yang tak best."
Maksudnya?
"ada ketumbuhan kat situ, kemungkinan besar kanser kolon"
"pilih tarikh next appointment, Dr nampak ada something yang tak best."
Maksudnya?
"ada ketumbuhan kat situ, kemungkinan besar kanser kolon"
Hanya Allah yg tahu perasaan waktu tu, susah utk percaya.
"kemungkinan besar je kn abg jaq. Maksudnya ad kemungkinan tak kan"
"hmm kena pilih tarikh cepat. Tapi skrg bagi luka rawatan tadi sembuh dulu"
Petang saya call ummi dan bagitau setiap yang berlaku siang tadi. Termasuk jangkaan doktor. Walaupun saya beriman pada qadha dan qadar, tapi sebagai manusia yang sangat lemah, rasa takut dan sedih itu tetap ada. Namun, di sinilah peranan seorang ibu yang solehah. Kata ummi:
"perkhabaran doktor bisa dipatahkan dengan kehendak tuhan. Doktor hanya boleh menjangka, tetapi yg izinkan semuanya untuk berlaku hanya Allah. Alah solat taubat banyak2 dan sedekah selain kita ikhtiar ikut cakap doktor ๐"
Serentak dengan itu, seakan muncul sinar harapan yang baru. Kita masih ada harapan dan tempat untuk bergantung. Tiada pengharapan yang paling indah melainkan harapan yang disandarkan sepenuhnya kepada Dia. Percayalah, saat kita yakin aturan Allah sentiasa yang terbaik untuk hamba-Nya, kita akan tenang, setenang-tenangnya :')
Ummi pulang dari outstation ambil saya di rumah abang. Nak jadikan cerita, saya tertinggal ubat tahan sakit di rumah abang๐คง Baru lah tahu macam mana rasa sakit yang sebenar, nak bangun berjalan pun rasa tak mampu. Terus terbayang, macam mana solat yang dibuat, muamalah dengan orang lain, ada tak lagi hutang yang tak dibayar.
Dan macam2 ubat juga ummi beli. Daripada tak pandai telan pil, terus pandai sebab banyaknya ubat kena makan. Cuti seminggu memang ummi yg masakkan. Nampak kan hikmah kat sini. Dalam kita diuji, masih banyak nikmat yang kita perlu syukuri. Tak perlu fokuskan pada ujian tapi hadapilah dengan kesyukuran.
Sejak hari tu saya ada satu beg ubat. Dua bulan pantang makan, sebelum appointment yg seterusnya. Pergerakan juga dikawal. Maka sepanjang tu saya terpaksa pentingkan diri, cuti dari terlalu aktif. Hanya waktu yg tertentu saya terlibat sebab kadang kesihatan tak menentu. Jadi bila badan tengah okay, itulah waktu saya maksimumkan untuk pelajaran dan assignment.
Memang ada suara2 yang bertanya, dan banyak juga perlian sinis, malah ada yang kata saya beralasan. Saya diamkan saja sebab saya tahu mereka tidak tahu. Dan saya sendiri tidak bersedia untuk berkongsi, hanya yang pernah lalui fasa ini akan faham kenapa ๐
Dua bulan ini juga fasa untuk bersedia dari segi mental. Bukan mudah untuk saya pujuk diri, saya tak boleh seaktif sebelum ini. Bukan mudah juga untuk saya tolak setiap jemputan, mesyuarat, rehlah dan lain2. Ummilah yang banyak mainkan peranan, untuk ikhtiar dalam pelbagai cara dan peluang.
Tapi satu yang pasti, ujian inilah yang mendidik kita menjadi lebih baik. Selama ini kita minta supaya Allah jadikan kita seorang yang sabar, bersyukur, kuat dan sebagainya. Tapi mana mungkin kita mampu untuk dapat semua tu sekelip mata, mesti lalui satu proses yang bernama ujian. Lihatlah rasul ulul azmi, mereka mendapat title agung itu kerana ujian yang dihadapi tersangatlah hebat.
Lalu nikmat mana lagi yang kita dustakan? :')
Lalu nikmat mana lagi yang kita dustakan? :')
Sehinggalah tarikh yang dijanjikan, sekali lagi hospital kemaman menjadi persinggahan. Alhamdulillah abang ipar kerja di sana, jadi saya tak perlu tunggu giliran yang lama untuk jumpa doktor pakar.
Dua hari sebelum tu, dah dapat berpaket ubat untuk kosongkan perut sebelum puasa 24 jam. Tapi kali ni saya lebih bersedia berbanding sebelum ini. Sebab kali ni saya dah redha untuk apa sahaja keputusan yang diberi nanti.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. Benarlah Kuasa Allah mengatasi segalanya. Bila Allah kata jadi, maka segalanya akan terjadi. Setelah dimasukkan kamera, discan dsb. Doktor terkejut sebab bukan sahaja jangkaan awal mereka tidak terjadi malah semua ketumbuhan telah tiada. Sehingga tiada keterangan saintifik yang boleh dibuat melainkan kita percaya Allah As Syafii. Tapi doktor kata mungkin juga kesan ubat yang dimakan dan pemakanan dikawal.
Maka daripada appointment yang bersusun2 berubah tinggal dua sahaja untuk follow up. Daripada patutnya warded lama, jadi warded sehari saja, tu pun tak bermalam. Macam kisah dongeng kan? Tapi itulah yang terjadi.
Saya kongsikan di sini supaya kita tidak mudah putus asa dengan ujian yang diberi. Adakalanya kita rasa kitalah yang paling teruk ditimpa musibah.. Kitalah yang paling banyak diberi masalah.. Tapi hakikatnya masalah dan musibah inilah test untuk Allah lihat siapakah antara kita yang paling baik amalanya. Untuk lihat bagaimanakah respon kita saat hadapi ujiannya. Makin dekat atau makin jauh?
ููุจูููู
ุฃููู
ุฃุญุณู ุนู
ูุง
Dan di saat kita telah berjaya melepasi ujian itu, kita akan lihat betapa banyak hadiah yang datang bersamanya. Kita jadi lebih kuat, lebih tabah, lebih kental, lebih bersyukur. Kita dapat lihat sahabat yang baik, kita dapat lihat keajaiban bantuan Allah. Siapa yang free2 dapat semua ni?
Maka berbahagialah.. Dan bersyukurlah.. Allah masih sapa kita dengan ujian2 hingga kita tidak terleka dengan nikmat
Cerita setahun yang lalu. Terima kasih pada semua yang banyak membantu terutama rumetku ❤️
Terima kasih kerana sudi berkongsi. Maaf salah silap dari saya.
ReplyDeleteุงูุญู ุฏ ููู ุนูู ูุนู ุฉ ุงูุตุญุฉ ูุงูุนุงููุฉ
ReplyDelete