Followers

About Me

My photo
Cahaya yang baik- semoga menjadi hamba,anak dan pelajar yang solihah..juga prof.dr. yang solihah...in shaa Allah. Seek only to give and you will receive :)

Sunday, December 19, 2021

Adilkah?


Manusia yang elok rupanya dilayan lebih baik, sedangkan yang biasa-biasa dianak tirikan. Lebih ramai kawan, lebih mudah dapat kerja. Double standard.

Adilkah? Sedangkan kita tidak pernah dapat memilih dilahirkan warna kulit apa, bangsa apa, rupa yang macam mana.

Seringkali keluhan begini terdengar di sekeliling. Bukan seorang, tapi ramai yang kadang merasakan perkara yang sama.

Kita rasa Allah tidak adil kerana kita bergantung kepada penilaian manusia. Sedangkan Maha Adilnya Allah, Allah tidak pernah menilai berdasarkan rupa. Kerana rupa itu ciptaanNya dan semua ciptaan Dia adalah indah. 

Lalu kenapa dunia ini seakan berpihak kepada yang cantik sahaja?

 Hurmm siapa kata? Orang cantik juga ada ujiannya. Bahkan mereka juga turut merasai tempias penilaian manusia.

"eh dia ni rupa cantik je nape tak kawin-kahwin, ni yang muka biasa-biasa pun kawin awal lagi"

Dunia ini tempat ujian. Segalanya seakan tidak adil kerana kita tidak sedar bahawa ia sebenarnya bentuk ujian. Ada orang diuji dengan judgement, ada orang diuji dengan layanan, ada orang diuji dengan merasakan dunia itu sendiri tidak adil. Setiap ujian itulah jalan menuju graduasi akhirat.

Maka keadilan ini hanya kita akan rasa saat kita menyedari di manakah penilaian Allah. Allah tidak pernah melihat rupa. Sebaliknya Allah melihat hati. Hati manusia yang terletak pada usaha kita untuk membersihkannya dan menyuburkannya. Pada usaha kita dalam mengejar hati yang bertaqwa dan cinta kepada-Nya. Allah melihat hati ini dipenuhi dengan apa. 

Pernah dengar kisah Bilal bin Rabah? Hamba abdi yang dilahirkan dengan kulit yang gelap ditakdirkan pula dari kasta yang rendah dalam masyarakat- seorang hamba. Jika dilhat dari segi standard penilaian manusia, beliau tidak punya apa-apa yang istimewa. Tetapi kerana hatinya yang dipenuhi keimanan yang sangat tinggi serta kecintaannya yang sangat mendalam kepada Allah dan Rasulnya, kedudukan beliau sangat mulia di sisi Allah. Lalu Allah yang memuliakannya, sehingga hari ini namanya masih disebut oleh umat Islam seluruh pelosok dunia. Bahkan terdapat riwayat mengatakan Rasulullah pernah mendengar tapak kakinya berjalan di syurga. Tidak cukupkah kisah ini sebagai motivasi dan panduan buat kita? Bahawa rupa dan darjat bukanlah segalanya.

 Justeru, berusahalah sepenuhnya sesungguhnya untuk mengejar penilaian Allah. Buatlah amalan sebanyaknya dengan hati yang ikhlas. Hindarilah rasa benci dendam dengki riya' dan segala penyakit hati. Suburkanlah ia dengan keimanan dan kecintaan kepada Allah.

 Sehingga saat tiba hari penilaian yang sebenar, kita dapat persembahkan hati yang sangat indah dan cantik kepada Allah.

(إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبࣲ سَلِیمࣲ ۝ وَأُزۡلِفَتِ ٱلۡجَنَّةُ لِلۡمُتَّقِینَ)

"Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa.

Lalu akhirnya kita mendapat layanan yang sangat istimewa, saat Allah memanggil kita 

(یَـٰۤأَیَّتُهَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَىِٕنَّةُ ۝ ٱرۡجِعِیۤ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِیَةࣰ مَّرۡضِیَّةࣰ ۝ فَٱدۡخُلِی فِی عِبَـٰدِی ۝ وَٱدۡخُلِی جَنَّتِی)

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! 

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! 

Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia 

Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "

Adilkan?

Adil itu hanya dirasai saat kita redha dan bersyukur dengan segala nikmat serta ujian yang Allah kurniakan. 

Kembalilah... Dan sedarlah, penilaian manusia itu hanyalah ujian bukan destinasi :)

No comments:

Post a Comment