Followers

About Me

My photo
Cahaya yang baik- semoga menjadi hamba,anak dan pelajar yang solihah..juga prof.dr. yang solihah...in shaa Allah. Seek only to give and you will receive :)

Sunday, November 29, 2009

kenangan al-amin 2008(masa wat bbq)

muallimah siti dalam kenangan....
ainurul awatif azmi..remember 3N always...
banat 6 ibnu khaldun 2008
tokoh kokokurikulum sriaad 2008
wah!!dah nak masak...bila boleh makan ni??
nak ke mana yang gaduh sangat tu Nani??
ayam bbq
tengah cuba menghidupkan api...bila nak hidupnya???

Friday, November 20, 2009

result akhir tahun

bismillahirrahmanirrahim....
hari ini aku cuti...bermulalah kisah cuti lepas ni sebab hari khamis baru ni merupakan hari terakhir persekolahan bagi sesi 2009.dan hari khamis tu aku dapat result akhir tahun....pada mulanye ikutkan kami tak tahu bila dapat nombor sebab cikgu kelas aku cakap tu bukan kerja dia n tu kerja cikgu kat unit peperiksaan...oleh kerana tak sabar nak tahu nombor aku n siti hajar pergi berjumpa dengan cikgu awie n cakap "cikgu boleh tak saya nak nombor kelas 1m1?" pastu cikgu tu cakap kejap ek saya nak wat yang 1a4 dulu.... jadi aku dapat la nombor kelas.... dan alhamdulillah aku berjaya mendapat nombor 1... dan saingan aku syafiq, dapat nombor 3... masa aku mintak nombor tu mak dia a.k.a ustzh haslina datang dan tanya anak dia dapat nombor berapa...dan bila mak dia tahu dia dapat nombor 3,mak dia cakap "dia duk tukar dua oran tulah... solihah pun tak nak bagi dah kat orang lain nombor 1..."aik?? aku pulak yang kena...and 1 more aku dilantik menjadi pengawas.. alhamdulillah...oklah sebelum aku duk melalut panjang lagi... nilah result aku...

bm:87 i'dadi: tafsir:99
bi:82 sirah:98
sn:77 tauhid:100
mt:93 feqah:100
ba:97 hadis:100
pi:94 quran:100
sej:87 keseluruhan:99
kh:83
geo:70
sivik:80
and keseluruhannya aku dapat 9a 2b..oklah sampai di sini sahja.. buat kawan2 ku selamat bercuti..manfaatkan cuti ni dengan benda yang berfaedah...jangan duk buat tahi mata je...
k..till next post..

Monday, November 16, 2009

sooo happy

bismillahirrahmanirrahim....Justify Full
hari ni aku happy sangat.first sebab periksa dah habis (tu pun nak happy..) dan sebab aku dah tahu result aku.alahmdulillah aku berjayaJustify Full mendapat 7a 2b.dan yang b nye ialah sains and geografi.Gografi aku tak pernah dapat a.yelah aku paling lemah tengok peta.aku hairan macam mana lah orang boleh score a geog.tapi aku tetap bersyukur sebab aku tak dapat c.sains pulak boleh di katakan tak de sorang pun yang dapat a.dan aku memang tak score a pun sains sebab kertas 1 sains susah Bulleted Listlah jugak.masa aku tahu aku dapat a sejarah ya allah masa tu hanya allah yang tahu betapa gembiranya aku.rasa nak sujud syukur pun ada.bi pun aku dapat a.sepanjang tahun ni, nilah kali pertama aku dapat a bi dan aku jugak happy sebab aku dah boleh potong kawan aku yang sorang tu.kelmarin kat sekolah ada jamuan tingkatan dan jamuan faraid.kenyang sampai kat rumah.letih duk bergambar kelmarin.kelmarin jugak aku pergi interview pengawas.mula2 ingatkan dah tak nak isi borang sebab orang cakap borang dah habis.tapi bile cikgu kelas marah sebab kelas aku takde sorang pun yang isi, aku dengan kawan2 aku pun isi jelah.tak sangka pulak ada interview.masa nak interniew tu pulak kebetulan kelas aku kena cikgu yang aku takut lah jugak.pastu bila aku tengok budak laki kelas aku sorang2 lama kena interview,lagi lah aku takut.lepas tu kawan aku yang mule2 kena interview tu cakap bagi salam dulu lepas tu kena tunggu cikgu cakap duduk baru boleh duduk.masa aku masuk tu aku bagi lah salam kat cikgu pastu lepas cikgu jawab salam ckigu tu terus cakap "duduk!" ya allah masa tu tersentak aku.dan cikgu tu tanya aku "kenapa macam takut je?cikgu tak pernah lagi makan orang terkam orang pun tak pernah"dan aku di suruh perkenalkan diri dan banyak lagi lah aku kena tanya.kawan aku cakap aku kena interview tak sampai lima minit pun berbanding dengan budak lelaki sorang2 lama lah jugak.dan alhamdulillah aku boleh jawab sume soalan yang cikgu tu tanya.tinggal tunggu keputusan jelah.kalau baoleh jadi takpe kalau tak boleh pun takpe.oklah sampai disini sahaja kali in.....
till next post....

Monday, September 21, 2009

raya,raya n raya

bismillahirrahmanirrahim...
kali ini aku nak citer pasal sambutan raya oleh keluargaku.... ok mula2 kami beraya kat rumah je... macam sebelum2 ni... sehari sebelum raya, kami sibuk sangat.. pagi2 lagi aku dikerah ke pasar.. beli daging, ayam, udang, sayur, mcm2 lagilah... hari raya pertama kami pergi ke kebun... pelikkan?? itu merupakan kali pertama kami beraya di kebun.. makan salak.. raya kedua aku beraya denan kawan2 aku... raya ketiga dan keempat kami duduk kat rumah je... raya kelima kami pergi mesra mall... kat sana kami lunch di secret recipe pastu pergi kedai buku...kat sana 34.00 duit aku terbang beli novel..tajuknya "mufin manja" n "aku bukan billian milligan" hmm... membeli dan membaca novel merupakan antara perkara yang aku paling suka buat.. hehehe..oklah sampai disini sahaja... sebelum terlupa saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua pembaca... maaf zahir dan batin...

p/s: ingatkan nak upload gambar... tapi internet lembap lain kali lah yer....

Wednesday, August 26, 2009

cuti lagi...

bismillahirrahmanirrahim...
kali ni aku bercuti selama dua minggu... wah! lama tu...maklumlah wabak h1n1 makin cepat menular... habis dua minggu sambung pulak lagi dua hari cuti merdeka.. sehari sebelum puasa aku pergi rumah faiqah...aku jumpa kawan2 lama aku masa kat sriaad dulu.. walaupun aku tahu aku dalam post aritu tapi takpelah.. aku happy sangat dapat jumpa kawan lama.. gembira tak terkata..aku rindu sangat zaman sekolah rendah.. rindukat semua org.. awatif, atirah, aliyah, athirah, aisyah, nazirah, nani, rahmah, megat, ammar, huzaifah, hafizuddin, daim, miqdad, muallimah siti n semua muallim2 muallimah2 yang telah berjasa kpdku.. terima kasih semua kerana telah memberikan kenangan yang tidak ternilai kpdku..kenangan itulah yang membuatku lebih matang dan lebih mengenal erti kehidupan... oklah.. kena tidur dah ni... esok aku nak pergi rumah awatif pulak... dahlah harini letih gila.. oklah semoga cuti kali ini bermanfaat buat kita semua...

Friday, August 21, 2009

marhaban ya ramadhan

bismillahirrahmanirrahim..
sempena bulan yang mulia ini marilah kita perbanyakkan ibadah... sama2 kita menghidupkan bulan ini... esok kita start puasa.. tadi aku pergi rumah faiqah... jumpa kwn2 lama... hai rindunya zaman sekolah rendah.... hmm..minggu lepas aku pergi ke bangi.. saja jalan2.. cewah!! takdelah sebenarnya abang aku konvo so, family aku pergilah.. meraikan... bila aku tengok abg, kakak2 aku semuanya dah konvo, sudah bergelar graduan ... aku tanya diri aku.. adakah aku boleh berjaya macam diorang?? jadi start hari ini.. sempena bulan mulia ini aku nekad aku boleh capai mcm diorang.. kalau mereka boleh mengapa aku tidak??? betul tak?? terima kasih kakak2ku kerana kalian tlh berjaya menjadi conth, role model yg baik buat adik2 mu... akan ku berjuang seperti kalian... oklah ada orang dahb ising ni...
till next post...

Wednesday, July 29, 2009

cameron highland

my family kat pintu masuk big red strawberry farm
strawberry honey

ais krim goreng


aku n adah dlm moskot strawberry



me,adah n kak irah kat big red strawberry farm




kat english garden





di ladang teh yang tertua di malaysia






posing sikit..





syoknya strawberry...

a holiday trip to cameron highland


bismillahirrahmanirrahim...

merujuk perkara yang di atas saya dengan sukacitanya meberitahu saudara dan saudari tentang pengembaraan saya ke cameron highland.. aiseh formal lah pulak.. hehehe.. ok, aku pergi ke cameron pada cuti sekolah beberapa bulan yang lalu.. sepanjang perjalanan ke sana, aku rasa bosan sangat... takde apa yang boleh ditengok kecuali bukit.. setelah sampai di sana, kami menginap di alina's apartment (kalau tak silap la..) ..rumah kat sana takde kipas or air cond.. pasal apa? sebab udara dia dah sejuk.. kalau mandi, aku mesti mandi lama sebab boleh mandi air panas.. keesokannya aku n family pergi ke MARDI... dekat sana ada ladang strawberry, ladang teh, english garden, taman bunga taman herba and so on.. lepastu kami pergi ke big red strawberry farm.. kat sana aku makan aneka jenis makanan yang berasaskan strawberry.. mula-mula kami ingatkan nak petik strawberry tapi oleh kerana masa tu baru sudah makan starawberry, jadi kalau kami makan lagi.. rasanya muka pun akan jadi macam strawberry... lepastu kami balik ke apartment.. esoknya mak, kedua2 kakak aku pergi ke qia farms.. sedih jugak aku tak dapat ikut..... dan selepas itu kami balik... dan kami sempat singgah ke empangan kenyir....

Friday, July 17, 2009

result pertengahan tahun

bismillahirrahmanirrahim..
lamanya aku tak tulis kat blog ni.... bukan tak nak tapi tak sempat.... sekarang aku dah tahu result periksa pertengahan hari tu.. result aku menurun... yang paling aku sedih bm.. sebab aku target bm sepatutnya dapat A tapi aku tak tahu contoh soalan bm. jadi masa periksa tu aku kelam kabut sikit sampai kekeringan idea... lagi satu geo... aku periksa geo betul2 selepas kakak aku kawin.. hari ni kakak aku kawin esok tu terus periksa..dahla tu.. aku tak baca mana pun.. tuisyen pun aku tak pergi.. rugi pulak tak pergi.. tapi yang pergi pun lebih kurang sama je markah ngan aku... tapi aku tetap bersyukur dapat C daripada fail...subjek lain aku rasa ok la.. hari khamis ni mak aku datang sekolah nak tanda buku rekod.. setakat ni aku tak pernah rasa berdebar kalau mak aku nak tanda buku rekod aku sebab aku dah dapat nombor aku.. aku dpat nombor 1 dalam kelas ngan form..alhamdulillah.. aku takut gak nombor aku selepas ni menurun sebab ada saingan sengit dalam kelas tu siapa lagi kalau bukan syafiq.. alahai.. but it's ok aku akan buat yang terbaik setakat yang aku mampu.. do the best among the best! aja aja fighting!!!



result aku:
bm:76 sej: 76
bi: 66 quran: 100
mt: 96 sirah: 98
sn: 90 feqah: 100
ba: 98 tauhid: 100
pi: 93 tafsir: 96
kh: 81 hadis: 93
geo: 52

Friday, June 5, 2009

lagu best

bismillahirrahmanirrahim...
ini salah satu lagu yang aku suka..here are the lyrics...
ku merintih
aku menangis
ku meratap
aku mengharap
ku meminta
dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata

perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzakh sebelun berangkat ke mahsyar
diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya

tanah yang basah berwarana merah
semerah mawar dan juga rindu
tujuh langkah pun baru berlalu
seusai talkin bernada syahdu

tenang dan damai di pusaraku
nisan batu menjadi tugu
namun x siapapun tahu resah penantianku

terbangkitnya aku dari sebuah kematian
bagaikan ku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan
kehidupan disini bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian

kembali roh kembali
kembalilah kedalam diri
sendirian sendiri
sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membalut di tubuhku
terbujur dan kaku jasad di dlm keranda kayu

ajal yg datang di muka pintu tiada siapa yg memberitahu
tiada siapapun dapat hindari
tiada siapa yg terkecuali
lemah jemari nafas terhenti
tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan
selama ini diceritakan kini aku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan

Thursday, April 16, 2009

my result..

bismillahirrahmanirrahim..
setelah tiga hari aku periksa akhirnya berakhir juga macam kawan aku kata "berakhir sudah penderitaan study hard" hmm.. kelakar pula bila teringat masing2 sebelum periksa tekun study hingga cikgu masuk pun masih sempat lagi mengintai buku...dan sekarang aku dah dapat semua result periksa baru ni.. teringat pulak masa pemarkahan kh... aku hampir tak lulus kerana tak bangun masa cikgu tanya.. peristiwa itu menjadi pengajaran yang paling besar setakat ini.. so, tanpa melengahkan masa di sni aku selitkan markah keseluruhan aku...
bm:93 kh: 70 al- quran: 85
ba: 96 sej:58 hadis: 100
mt:100 geo:88 tauhid: 100
bi:75 feqah: 100
sn:88 sirah: 100
pi:92 tafsir: 100
alhamdulillah aku berjaya dapat 12a 2b 1c....

Tuesday, March 17, 2009

perjuangan di bumi smasid

bismillahirrahmanirrahim...
hmm.. sekarang ni aku masih bercuti sekolah.. masuk hari ini genap tiga bulan aku menimba ilmu di bumi smasid.. bila dikenang kembali ketika pertama kali aku memijak di sekolah ini, rasa macam tak percaya dah masuk tiga bulan.. sekarang ni, aku semakin serasi dengan tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar dan juga penolong kelas.. takdelah susah sangat pelajaran di sekolah menengah cuma ia akan susah jika kita MALAS. dan buat sekarang ni aku rasa jadi penolong kelas takdelah seteruk jadi penolong ketua pengawas.. so, setakat ini aku rasa.. aku boleh pegang lagi tanggungjawab ini.. pasal ujian pulak.. setakat ini aku baru menghadapi satu ujian.. iaitu ujian math.. dan aku berjaya mendapat seratus peratus.. alhamdulillah.. dan periksa, cikgu kata mungkin selepas cuti.. hmm.. debaran makin terasa kerana inilah langkah pertamaku atau orang kata.. kunci pertama aku.. so, aku kena pastikan langkah pertama aku berjaya.. insyaAllah.. Ya Allah berikanlah hambamu nin kejayaan di dunia dan di akhirat.. Ameen..

Thursday, February 12, 2009

my first day

hari ni hari pertama aku menginjakkan kaki ke sekolah menengah.. hmm.. rasa macam dah besar dah .. kat sini, aku ditempat kan di kelas satu mumtaz satu iaitu kelas yang paling hadapan.. cabaran duduk di kelas ni tinggi lah sikit.. sebabnya budak kat kelas ni pandai belaka.. takut pun ada jugak.. bila teringatkan harapan mak aku yang nak aku menjadi BEST STUDENT kat smasid ni.., aku rasa hanya fifty percent jer.. sebab ramai lagi yang pandai.. tapi untuk jadi BEST STUDENT untuk subjek BA aku rasa mungkin boleh.. insyaAllah.. dan dekat sini jugak.. aku jumpa balik dengan kawan lama aku masa dulu tu.. untuk jawatan pulak.. aku dilantik menjadi penolong ketua kelas.. masa tu macam2 yang aku rasa.. bangga, takut.. malas pun ada jugak.. taqpi apa2 pun alhamdulillah kerana sekurang kurang nya aku ada jawatan jugak.. pasal kawan pulak.. aku sekarang ni.. berjaya mengenali seramai.. 10 orang kot.. atau lebih.. yang duduk sebelah aku nama dia..,Amien nur ain.. mak dia buka kedai Zaa batik.. belakang aku pulak.. syuhada and siti hajar.. syuhada tu adik kawan abang aku.. tak sangka ku boleh jumpa dia pulak..betullah apa yang orang kata, dunia ni kecik jer.. ok. aku rasa mungkin setakat ni je dulu kot.. sebab sekarang ni dah ada pengacau.. ok.. pergi dulu..