Followers

About Me

My photo
Cahaya yang baik- semoga menjadi hamba,anak dan pelajar yang solihah..juga prof.dr. yang solihah...in shaa Allah. Seek only to give and you will receive :)

Friday, July 25, 2014

KAWAN KE LAWAN?

Bismillahirrahmanirrahim..

Sepanjang Ramadhan ini,seperti sebuah cerita yang disusun,seorang sahabat mengadu mengenai salah faham yang berlaku dengan sahabatnya.Dua hari selepas tu,saya juga mendengar kes yang sama.Setelah beberapa kali didedahkan dengan kes yang sama,hati tergerak untuk berkongsi di laman ini.Biasa,dalam persahabatan ada masa berlaku beberapa salah faham
.Kadang-kadang diri sendiri tertanya-tanya,
 "kenapa aku yang dipilih-Nya untuk menjadi sebagai orang yang bertanggungjawab dalam kes2 tersebut?"

Tetiba saya tersedar pada satu hakikat,hakikat yang bahawa masalah itu juga merujuk kepada diri sendiri,kembali pada batang tubuh sendiri.Hebat aturan Allah,teguran-Nya melalui pelbagai cara.

Sepanjang minggu tersebut kisah Hatib R.A,sahabat baginda rasulullah S.A.W bermain-main dalam fikiran,diulang-ulang bagaikan sebuah hikayat yang dihafal.

Hatib R.A merupakan sahabat baginda yang sentiasa bersama baginda.Beliau menyertai setiap peperangan bersama baginda termasuklah peperangan Badar Al-Kubra.
Apabila seruan hijrah ke Madinah sampai,Hatib R.A menyahut seruan itu,walaupun beliau terpaksa meninggalkan keluarga beliau di Makkah.
Pada saat Rasulullah rasakan sudah tiba masa untuk kembali ke Makkah,Rasulullah memang merahsiakan tentang rancangan itu.Tetapi Hatib R.A seakan dapat mengetahui rancangan baginda mula merasakan bimbang akan keadaan keluarganya di Makkah.
Atas rasa tanggungjawab dan sayang pada keluarga,Hatib R.A menulis sepucuk surat kepada keluarganya dan diutus melalui seorang wanita.
Allah S.W.T memberi ilham kepada Rasulullah S.A.W bahawa  ada seorang wanita sedang membawa surat tersebut.Lalu baginda mengutus saidina Umar untuk menahan wanita itu.
Setelah wanita tersebut diugut,terbongkarlah bahawa pengutus surat tersebut merupakan Hatib R.A.
Maka,beliau dipanggil mengadap Rasulullah S.A.W.
Setelah mendengar penerangan beliau,baginda memaafkan beliau..namun,tidak dipersetujui saidina Umar.Saidina Umar meminta izin untuk memenggal leher beliau.
tetapi apa jawapan baginda, "jangan,kerana beliau ahli badar"

Pengajaran, kita hendaklah bezakan antara kawan dan lawan. kawan kita yang selama ini sangat baik,sentiasa menyokong kita,bersama susah dan senang.
tapi,mungkin ada satu hari tu,dia khilaf,buat kesilapan yang mengguris hati,membuatkan kita terasa,jauh hati..
maafkanlah..
jangan disebabkan satu khilaf,kita lupa semua kebaikan dia,semua kenangan manis bersama.Sedangkan Rasulullah S.A.W memaafkan Hatib R.A,sahabat baginda yang sentiasa bersama menyokong perjuangan baginda walaupun kesilapan yang dilakukan sangat besar iaitu membocorkan rahsia negara.
 saat kita terasa dengan sahabat,ingatlah.."kalau aku boleh terasa macam ni,maknanya dia juga pernah terasa macam ni."

Dan,mungkin hikmah daripada semua ini juga,saya belajar satu perkara.
Saya berpegang pada satu prinsip : apabila sebuah persahabatan dibina atas dasar keimanan kerana Allah,maka kita akan terima semua baik dan buruk sahabat kita.
Dan saat kita berkecil hati dengan sahabat,rasa itu sekejap sahaja,selepas itu akan hilang,larut bersama masa sebab kita terima dia sepenuhnya.
tetapi,,prinsip ini rupanya perlu diubah sedikit. Senior tegur,katanya kalau saya terus dengan prinsip ini,maka tahap ukhuwah saya dengan sahabat akan sentiasa pada tahap salamatus sodr sahaja.
katanya lagi,salamatus sodr dan sabar ada tahapnya. Ya.memang kita terima baik dan buruk sahabat,tetapi dalam masa yang sama kita nak dia sentiasa berubah ke arah yang baik.Maksudnya,buruk yang ada pada dia,yang mungkin dia tak tau,maka peranan kita sebagai sahabat untuk bimbing dia jauh dari sifat buruk tersebut.
jadi,prinsip yang baru : kita terima dan improve :) sentiasa cuba untuk tegur (I'm trying) jika ada sahabat kita buat salah.Dan yang mengur serta yang ditegur hendaklah sentiasa tajdid niat lillahi taala..in shaa Allah berusaha ke arah tahap ukhuwwah yang paling tinggi; ithar..

Persahabatan yang ke syurga akan manis saat dibina atas dasar keimanan dengan tujuan mencapai redha Nya.
jika benar cinta dan sayang,kita ingin sahabat kita bersama-sama berpimpinan ke syurgaNya..In shaa Allah
 ^^
wallahua'lam
mendamba cinta-Nya

1 comment: