Followers

About Me

My photo
Cahaya yang baik- semoga menjadi hamba,anak dan pelajar yang solihah..juga prof.dr. yang solihah...in shaa Allah. Seek only to give and you will receive :)

Wednesday, May 25, 2016

Manual kehidupan : hadiah dari tuhan.

Bismillahirrahmanirrahim..

Firman Allah S.W.T:

(إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ)
[Surat Al-Asr 3]

Pada awal surah ini, Allah telah bersumpah dengan masa. Ulama' tafsir mengatakan, bila mana Allah bersumpah dengan sesuatu akan membawa maksud perkara itu penting.Dan Allah sambung dengan ayat seterusnya, manusia itu berada dalam kerugian. KECUALI... nah, Allah tidak membiarkan hamba-Nya sendiri, malah Dia hadirkan solusi. Allah telah membentangkan siap-siap manual Kehidupan kepada kita.  Bahawa kita akan menjadi manusia yang beruntung jika kita mengikuti manual ini.

1. beriman atau maksud tersiratnya berilmu.  kerana iman perlukan ilmu untuk berdiri kukuh. Iman itu perkara ghaib, macam mana kita tahu kita kena beriman kepada Allah? dengan ilmu bukan? jadi iman itu adalah wajah kepada ilmu.  maka syarat yg pertama ialah mencari ilmu.

2. beramal soleh.  setelah kita mempunyai ilmu maka wajib ke atas kita beramal dengan ilmu yang kita miliki.  Kerana itulah tanggungjawab kita kepada ilmu yang perlu kita tunaikan.

3. berpesan - berpesan dengan kebenaran atau kata lainnya berdakwah. Setelah kita mempunyai ilmu dan beramal dengan ilmu tersebut, tugas kita seterusnya adalah menyampaikan kepada orang lain.  Menyampaikan ilmu(kebenaran)  yang kita ketahui kepada orang lain.  Sebarkan dakwah.

Rasulullah telah bersabda mafhumnya "lakukanlah amar makruf nahi mungkar atau nantikan hukuman atau seksa daripada tuhan dan saat itu kamu berdoa, Allah tidak lagi kabulkan permintaanmu"

4. Berpesan-pesan dengan kesabaran. Akhir sekali, dalam berdakwah kita perlu sabar dengan setiap ujian dan rintangan yang mendatang.

Inilah empat manual yang Allah telah gariskan kepada kita agar kita tidak menjadi mereka yang dalam kerugian.

Selagi jasad masih bernyawa, masih belum terlambat untuk kita ikuti manual ini.
Jom sama-sama :)

Selamat Hari Lahir. Semoga dengan peluang umur yang Allah berikan, kita terus bersemangat untuk menjadi hamba-Nya yang terbaik.  

Monday, May 23, 2016

Perfectionist?

"Zulfa, saya tau awak jenis yang perfectionist. tapi tak semua orang jenis macam tu, awak kena faham."

Zulfa terdiam. Teguran tersebut mematikan gerak langkahnya. Kerja-kerja terbehenti,.dibiarkan seketika. Belum sempat Zulfa membalas, dia berlalu pergi.

"perfectionistkah? dan adakah itu satu kesalahan?" persoalan tersebut terus bermain di minda, tanpa jawapan.

Apakah yang dimaksudkan dengan perfectionist sebenarnya? Bukankah sifat orang mukmin itu bersungguh-sungguh dalam setiap perkara? Cuma kita bila diletakkan dalam istilah inggeris, terus kita golongkan ia pada golongan yang tidak baik.

pada saya, kita bukan perfectionist tetapi kita berusaha untuk cuba lakukan yang terbaik dalam setiap amanah yang diberikan. Kita bukan perfectionist yang tidak dapat terima dan redha dengan natijah yang ditentukan, tetapi kita bersungguh-sungguh supaya kita mampu meletakkan dan serahkan tawakkal kita pada tuhan dengan yakin setelah kita berusaha.

Saya sangat bimbang, bila mana ada yang takut dilabel perfectionist, lalu buat kerja seperti melepaskan batuk di tangga. Bila mana merasakan kerja tersebut susah, atau perlukan daya usaha yang lebih, hanya buat cukup syarat. Adakah ini yang dikatakan melunaskan amanah?

"Tak semua orang mampu jadi macam awak"

ya betul. Kita tak perlu jadi orang lain. Tetapi cukuplah kita menjadi kita yang terbaik. Mungkin kita tidak ada kelebihan seperti dia, tapi kita ada kudrat dan usaha sebagai saham untuk kita bentangkan pada tuhan. Allah tidak memandang pada hasil, tetapi Allah memandang pada usaha,. kenapa? kerana usaha adalah kerja kita.. dan hasil itu adalah kerja Dia.

Saya teringat doa seorang sahabat baginda, banyak kali saya ulang kisah ini supaya saya tidak leka, supaya saya tidak culas dalam berusaha.
Abdullah bin Jahsy saat ingin berangkat ke perang uhud, beliau berdoa kepada tuhan,

"Ya Allah, seandainya aku dipertemukan musuh, pertemukan aku seorang pemuda yang gagah perkasa. Akan ku lawan dengannya hatta hidung dan telingaku dipotong.,supaya nanti saat aku bertemu denganMu, kau memanggilku - wahai pemuda yang berjuang di jalanku,yang tiada telinga dan hidung- saat itu aku menyahut -ya- dan engkau membenarkannya"

Dan beliau keluar bertempur di medan Uhud yang akhirnya syahid. Sahabat-sahabat berkata,saat beliau syahid, telinga dan hidungnya tiada-seperti yang didoakan.

Begitulah seorang pemuda yang sedar akan tanggungjawabnya, berusaha sedaya upaya walau rintangan yang mendatang besar, walau dia terpaksa berkorban. Seharusnya kita juga seperti itu, melakukan apa sahaja dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan tanggungjawab kita diselesaikan walau kita terpaksa bersusah-susah.

Supaya saat kita ditanya dengan Allah, kita boleh jawab dengan yakin, "ya,saya telah berusaha"

Betul kita perfectionist. Tapi kita perfectionist bukan pada hasil, namun pada usaha :)
In shaa Allah .. biiznillah.

( ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ)
[Surat Aal-E-Imran 159]

berusahalah seakan tiada tawakkal, bertawakkallah seakan tiada usaha.
Rahmat Allah mengajar kita untuk percaya.

Bantu saya. Kita sama-sama :)