REDHA#2
April 1959
Tangisan anak kecil yang masih merah meruntun jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya apatah lagi si ibu yang mengandungkan dan melahirkan. Anak ini seakan mengerti dia bakal berpisah dengan ibu dan bapa kandungnya – perpisahan yang memeritkan. Air mata yang mengalir diseka pantas. Ibu mana yang tak sedih berpisah dengan anak? Anak yang berkongsi makanan,minuman dan perasaan selama Sembilan bulan terpaksa ditinggalkan kepada rakan baiknya di Johor. Kejam? Ahh.. dia tidak kisah apa sahaja pandangan masyarakat padanya, yang penting anakanya selamat. “ Kalau mereka kata aku kejam, kerajaanlah yang kejam” cemuhnya di dalam hati.
Ju An Fong terus terlena saat didakap dan dibelai ibunya. Hangat, terasa kasih sayang yang mengalir meski buat kali yang terakhir. Perlahan-lahan bayi suci ini diletakkan di atas tilam lusuh milik anak-anak sahabat baiknya. Aku yakin ini pilihan yang terbaik.
“Terima kasih Fatimah. Kaulah sahabat yang banyak bantu aku sepanjang di Malaysia ini. Aku harap, anak ini dijaga dengan baik, anggaplah dia macam anak kau. Aku terpaksa balik, keluarga aku di sana lebih memerlukan.”
“Kau sahabat aku, mestilah aku bantu. Pulanglah dengan tenang. Jangan risau, aku akan jaga anak kau macam anak aku sendiri.”
Dan dua sahabat berpelukan dengan penuh syahdu. Andai ini perjumpaan yang terakhir, saksikanlah mereka benar-benar telah menghayati erti persahabatan yang sebenar walaupun berlainan bangsa dan agama. Pemergian Ju Lien ke tanah airnya, singapura dipamit lemah. Fatimah mencuba sebaik yang boleh mempamerkan riak senang, walau hatinya dilanda badai resah. Selamat tinggal sahabat, maafkan salah dan silap aku.
Susuk badan Ju Lien telah lama hilang dari pandangan. Namun, Fatimah masih merenung bayi di hadapannya. Jauh. Ada riak resah pada wajahnya. “Allah, macam mana aku nak besarkan bayi ini, sedangkan anak-anak aku pun cukup-cukup makan je. Apa yang perlu aku jawab pada suamiku sepulangnya nanti? Siapa yang nak tengok-tengokkan ketika aku bekerja ?” Pelbagai persoalan berlegar-legar di minda Fatimah.
Ju Lien.. Wanita Cina kelahiran Singapura itu telah banyak membantunya. Bermula bantuan kewangan sehinggalah mendapatkan pekerjaan untuknya. Oleh sebab itu Fatimah tidak sanggup menolak permintaan Ju Lien untuk membesarkan anak perempuannya walau dia sendiri masih buntu.
“Apa yang kau duduk tenung bayi tu Fatimah? Anak siapa ni?” Mak Kiah, ibu kepada Fatimah muncul dari belakang rumah.
“ Em macam ni mak. Ini anak Ju Lien, wanita cina yang dah banyak tolong Timah tu. Dia terpaksa balik Singapura tetapi kerajaan Singapura tak benarkan rakyatnya mempunyai lebih dari dua orang anak. Ini anak dia yang ketiga, keluarga dia semua suruh dia gugurkan anak ni dulu. Tapi Ju Lien tak sanggup, sebab tu dia datang ke Johor atas alas an bekerja dan tinggalkan anaknya sebulan selepas dilahirkan.”
Panjang Fatimah menceritakan keadaan yang sebenar kepada ibunya. Sebenarnya dia kagum dengan Ju Lien. Walaupun Ju Lien tidak beragama Islam, namun sifat kasih seorang ibu begitu menebal di dalam dirinya. Dia lebih sanggup membawa diri jauh dari keluarga semata-mata untuk menyelamatkan satu nyawa. “Anak ini tak bersalah Timah, aku nak jaga dia sampai dia lahir” kata-kata Ju Lien tujuh bulan yang lalu terngiang-ngiang di telinganya.
“Allah..kesian budak ni. Habis tu, kenapa kau termenung Timah? Macam ada masalah je mak tengok”
“Mak pun tahu, Timah bekerja pagi sampai petang. Duit Timah pun cukup-cukup untuk anak-anak Timah je.Macam mana Timah nak jaga budak ni mak? “ Adu Fatimah.
“Macam nilah.. biar mak yang bela budak ni.”
“Er betul ke ni mak? Mak bukannya kuat sangat lagi..”
~Dan tiada seorang pun yang mengetahui apa yang akan terjadi esok~
Bersambung…