Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah Ramadhan tahun ini Allah bagi kesempatan masa,cara
dan peluang untuk merasai suasana tarawih di masjid yang berbeza. Benarlah,
antara yang menghidupkan suasana Ramadhan itu ialah dengan adanya pensyariatan
solat sunat tarawih di setiap malam. Maka sepanjang bulan itu merupakan latihan
untuk kita peruntukkan waktu malam ke masjid, beribadah, hanya untuk Dia.
Ramai yang tanya saya,
kenapa saya tak solat je di masjid UIA sepanjang Ramadhan tu? Senyum.
Ini jawapan saya :
Setiap masjid mempunyai rohnya tersendiri, pengurusan dan
suasananya yang tersendiri. Waktu Ramadhan ini kita dapat lihat pelbagai usaha
yang dilakukan Jemaah masjid untuk menambah pahala masing-masing. Suasana
inilah yang mengasyikkan saya, suasana imam membaca ayat suci al quran dengan khusyuk,rasa
tak puas dengan solat isyak ditambah lagi dengan solat tarawih. Suasana semua
berlumba memberi juadah berbuka puasa kepada Jemaah lain, dan suasana semua
hanya berkejar untuk kebaikan. Indah bukan? Bahkan suasana ini sedikit sebanyak
membawa jasad saya seakan berada di tanah haram. Allahu rasa terubat rindu.
(sampaikanlah kami ke sana ya Allah..)
Dan yang paling utama, moga tiang-tiang di setiap masjid
yang saya pergi, setiap lantai yang saya sujud, dan setiap Jemaah yang saya
bersalam dengan mereka menjadi saksi saya di akhirat kelak. In shaa Allah.
Jadi, suka untuk saya berkongsi sedikit sebanyak suasana tarawih
dan iftar di setiap masjid yang saya pergi. Moga bermanfaat dan membantu yang
lain untuk Ramadhan akan datang.
gambar ihsan google huu |
Suasana tarawih di sini sangat meriah kerana dihadiri oleh
pelajar Uia sendiri yang datang dari pelbagai negara. Malah imamnya juga
berbeza setiap malam mengikut jadual yang ditetapkan. Semuanya merupakan staf
dan pelajar di Uia. Di sini solat sunat tarawih dilakukan sebanyak 20 rakaat
dan selalunya selesai pada pukul 11 lebih.
Apa yang seronok di sini ialah, setiap malam imam akan
habiskan satu juzu al quran, dan akan ikut urutan malam Ramadhan. Jadi kita
boleh screening dulu ayat quran yang akan dibaca malam itu, dapatkan dulu
konsep dan cerita yang terkandung dalam juzu tu. Bila imam baca, terasa
mengalir setiap ayat dalam darah kerana kita sudah dapat gambaran konsep ayat
tersebut. Allahu terasa rindu :’)
Untuk iftar, Masjid ini sediakan 400 pax makanan percuma
setiap hari. Semuanya dibungkus siap-siap lengkap dengan kurma dan air. Namun,
untuk berbuka puasa makanan di sini kita perlu datang awal sebab pukul 6 petang
biasanya makanan dah habis. Oh ya moreh juga disediakan, malah banyak kali McD
sponsor moreh di sini hehe.
kat sebelah ada construction, tak dapat nak ambil gambar elok-elok huu |
Satu lagi keistimewaan masjid ini, sementara menunggu azan
maghrib, akan ada bacaan zikir beramai-ramai. Setelah itu alunan zikir dipasang
sehinggalah waktu maghrib masuk, zikirnya agak rare, first time saya dengar. Dan
di sini,solat tarawih 20 rakaat, imam baca separuh muka surat setiap rakaat.
Pukul 9.20 malam dah habis 8 rakaat.
Sampai sahaja di masjid ini, saya temui salah satu suasana
yang saya cari selama ini. Suasana di masjid nabawi! rak kasutnya, jemaahnya, perjalananya
, sama! Dan saya sangat suka lihat setiap kelompok keluarga datang
berbuka puasa sama-sama di sini, Allahu amannya.. Peliharalah suasana ini ya
Allah.
Masjid ini paling meriah iftarnya berbanding masjid lain
yang saya pergi. Tempat iftar diletakkan asing untuk Jemaah lelaki dan Jemaah wanita.
Bahkan tempat berbuka untuk keluarga juga asing. In shaa Allah selesa. Makanan
di sini disediakan secara buffet dan solat maghrib dulu baru makan. Yang
menyeronokkan juga, bila kita saling bertukar kuih-muih yang dibawa sesama Jemaah.
Terasa bagai dah lama kenal, inilah ukhuwah 😊
Solat tarawih di sini sangat santai, imam hanya baca
beberapa ayat sahaja pada setiap rakaat. Malah bacaan imam satu persatu cukup
untuk kita menghayati dan meneliti maknanya. Oh ya masjid ni sangat lawa dan
sejuk.
4. Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Ini masjid kegemaran saya sepanjang Ramadhan kali ini.
Bahkan saya lebih kerap ke sini berbanding masjid UIA sendiri. Kenapa? Kerana
bacaan imamnya yang sangat memukau. Alunan suara dan lenggoknya bukan seperti orang
Malaysia. Indahkan apabila mendengar bacaan orang yang mengerti apa yang
dibacanya, orang yang menghayati bacaannya.
Bahkan suara imam akan bergetar
setiap kali tiba pada ayat yang pedih,terhenti tahan tangis pada ayat azab, lalu
diikuti tangisan makmum yang lain. Tuhan.. betapa suasana ini buat kami terasa
dekat denganMU. Seakan merintih, lalu didakap penuh kasih sayang. Serius, saya
tenggelam dengan bacaan imam. Malah bila saya mengaji pada juzu yang seterusnya
pada siang hari, saya akan rasa tak sabar nak dengar imam baca juzu tu, rasa
ternanti-nati pembawakan imam untuk juzu tu.
Dan yang saya sangat puas ialah imam baca satu rakaat satu
muka surat, satu juzu satu malam, 8 rakaat selesai pukul 9.40 malam. Padat dan
mampat, bertepatan dengan situasi pelajar yang ada exam waktu tu.
Selain itu, tambah nilai untuk masjid ni ialah binaannya
yang sangat cantik. Rasa tak puas tengok setiap sudut, indahnya seni bina
Islam. Iftar di sini juga sangat mewah. Lauknya ada tiga, ikan / telur Bersama daging
/ ayam , satu jenis sayur, buah dan air. Tapi makan berat selepas solat, sebelum
solat masjid ada sediakan kurma dan kuih. Di sini iftar guna kongsep buffet,
ada pada dua bahagian, wing A dan wing C. Cuma tempat berbuka puasa di sini
agak bercampur, dan kebanyakannya terdiri daripada keluarga. First time saya datang
berdua je dengan kawan, rasa krik krik, seolah-olah kami je yang bujang haha. Oh
ya masjid ni ada sediakan khidmat childcare, parents boleh tinggal anak-anak
mereka di sini ketika solat tarawih, akan ada yang tolong jaga. Seronok kan?
Ini masjid yang paling memukau bagi saya. Bahkan setiap kali
tutup mata ,masih terngiang-ngiang bacaan imam pada setiap rakaat. Bayangkan, sepanjang
20 rakaat solat tarawih, imam bertukar sebanyak tiga kali. Imam pertama,
pembawakannya seperti kebiasaan pelajar tahfiz, tenang dan lancar. Masuk rakaat
ke 8,imam bertukar. Imam yang kedua suara dia makin up, lagi power dari
sebelumnya. Auranya berbeza, cukup membuatkan makmum menangis bila tiba ayat
yang menyentuh jiwa.
Masuk imam ketiga, Allahu seakan berada di dunia lain.
Pertama kali, saya menangis di setiap alfatihah di setiap rakaat. Pertama kali
saya merasakan ,”tuhan, indahnya aturanmu..al fatihah ini kau susun kami baca
setiap hari”
Pertama kali al fatihah begitu menusuk jiwa. Nak tahu
kenapa?
Bismillahirrahmanirrahim..Imam memulakan al fatihah dengan
nada biasa.
“Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,Yang
menguasai hari pembalasan..” Imam teruskan dengan nada kita memuji orang penuh
ikhlas.
“Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada
Engkaulah kami mohon pertolongan” Imam sambung dengan nada merayu penuh
harapan. Seolah-olah itulah satu-satunya peluang kita merayu, merayu pada
satu-satunya harapan yang kita ada. Saya dibawa hanyut bersama suasana.
“Tunjukilah kami jalan yang lurus” Imam membaca dengan
penuh penghayatan.Ayat inilah kemuncaknya. Air mata saya pecah. Sepenuh-penuh
harapan kita meminta pada Allah.. Ihdina sirotol mustaqim..Tunjukilah ya
Allah..
“(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau
anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan
(pula jalan) mereka yang sesat”. Tak cukup itu, kita perincikan lagi permintaan
kita.
Ameennn..Bergema satu masjid, auranya luar biasa. Air mata makin
deras. Subhanallah nikmatnya..
Usai tarawih 20 rakaat, bilal akan baca zikir ya latif.
Pertama kali juga saya dengar irama sebegitu, kami semua terpukau. Usai doa, sekali
lagi bilal membaca selawat dengan alunan yang sangat merdu, lalu kami semua Jemaah
bangun dan bersalaman sesama kami. Sungguh, suasananya begitu hidup dan membahagiakan.
Iftar di sini juga sangat meriah. Makanan disediakan untuk
semua Jemaah, malah siap ada khemah yang dipasang di tepi masjid. Kebetulan
saya pergi ketika 10 malam terakhir Ramadhan, jadi kami beriktikaf di sana.
Sepanjang malam masjid sangat hidup. Ada yang mengaji, ada yang solat sunat.
Sampai saya tak sedar hari dah lewat malam. Suasana qiyam di sini juga sangat
seronok, bacaan doa imam pagi tu cukup buat semua makmum teresak-esak. Sahur
juga disediakan oleh pihak masjid.
6.
Surau Al Mawaddah, seksyen 7 Shah Alam.
Ini surau yang terakhir sempat saya pergi sebelum pulang ke Terengganu.
Surau ini sangat meriah, makmum penuh sampai ke belakang. Dan malam itu imamnya
dari Syria. Saya masih ingat bacaan qunut imam yang sangat panjang dan syahdu.
Rasa tak puas berdoa.
Surau ini juga sediakan iftar, 600 pax setiap hari. Adakala
solat tarawih dilakukan 8 rakaat disusuli tazkirah. Selebihnya solat tarawih dibuat
20 rakaat.
Alhamdulillah sekadar ini perkongsian yang dapat saya kongsikan, untuk rasai sendiri bagaimana, jom kita ke masjid :)
semoga Allah melindungi suasana ini, dan semoga kita semua diberi peluang merasainya lagi pada Ramadhan akan datang. Allahumma ameen.
semoga Allah melindungi suasana ini, dan semoga kita semua diberi peluang merasainya lagi pada Ramadhan akan datang. Allahumma ameen.