“Nubla, tolong buatkan senarai nama peserta yang hadir”
“Nubla, kutipkan duit yuran program”
“Nubla, kau free tak? Tolong carikan video dan lagu yang
sesuai untuk program. Aku tak sempat nak cari”
“Nubla, music latar untuk projek kita tu hang cari kan? Hang
buat skrip narrator sekali eh”
Nubla…
Satu persatu mesej dibuka. Kepalanya terasa sesak dengan
tugasan, semuanya perlu disiapkan dengan segera. Ahhhh.. dia bingung.Terbayang-bayang
kuiz dan testnya minggu depan. Lantas telefon dimatikan. Lupakan segala
mesej-mesej yang dibaca,dibiarkan tanpa sebarang balasan,tanpa sepatah jawapan.
Ya, dia ingin lari. Lari dari mereka yang melepaskan
tanggungjawabnya pada orang lain. Lari dari mereka yang suka mengambil kesempatan
dengan orang yang tak mampu berkata ‘tidak’ pada permintaan orang lain. Lari dari
mereka yang hanya mengambil mudah dengan amanah.
Kadang-kadang Nubla terfikir, apakah mereka lupa bahawa dia
juga pelajar yang juga punya tanggungjwab seperti mereka? Yang juga ada kuiz, assignment yang perlu
disiapkan
.
“Nubla, kalau awak rasa tak mampu,cakap je tak nak. Tak boleh.Nubla, satu je saya nak pesan.. awak
buat macam ni,sampai bila pun masalah takkan selesai. Lari dari masalah
bukanlah solusi yang terbaik.”
Ya betul. Sebab itu dia ingin lari.. tetapi bukan lari untuk
selamanya. Lari untuk memberi ruang, lari untuk menstabilkan minda, lari untuk
mengumpulkan kekuatan. Lari, dan mengadu pada tuhan.
Dan.. dia akan bangkit.Dia harus bangkit.
“Tak salah kalau kita nak tolong orang, mungkin memang betul
mereka kesuntukan masa. Untuk apa kau hidup di dunia? Untuk mencari redha
tuhan,untuk mengumpul saham di akhirat. Bukankah kau sudah pasakkan untuk
sentiasa memberi?”
Lalu telefon diambil, semua mesej itu dibuka. Setiap tugasan
itu dicatat pada diarinya, disusun mengikut dateline.
This is the road
that I have chosen. Even if I have to crawl, I will finish this journey.It’s not about how
much you give, but it’s about how much love you put into giving.
Nota kaki:
Sebenarnya bukanlah kerana pelajaran, atau tugasan yang
banyak itu membuatkan dia ingin lari. Tetapi kerana sikap, sikap mereka yang
tidak memikirkan keadaan orang lain terlebih dahulu sebelum memikirkan keadaan diri
sendiri. Sampai bila kita nak selfish macam ni?