Followers

About Me

My photo
Cahaya yang baik- semoga menjadi hamba,anak dan pelajar yang solihah..juga prof.dr. yang solihah...in shaa Allah. Seek only to give and you will receive :)

Friday, September 4, 2015

Impian

Bismillahirrahmanirrahim..

Semangat berkobar-kobar sekembali dari talk 'the power of IRK students'. Saya diterangkan dengan major dan minor dalam bidang ini. Kos yang boleh dipilih untuk double degree.

Untuk major, memang dari dulu lagi, kalau orang tanya saya nak amk apa,saya akan jawab saya nk amk fiqh. Tapi selepas mempelajari subjek Islam and other religion, timbul minat untuk menceburi usuliddin dan perbandingan agama.

Dan untuk minor. Ada lima pilihan. History, sosiology,phsycology,communication and political science. Kalau dulu saya dah set mind,nak amk major in fiqh dan minor in phsycology. Tetapi bila dah didedahkan dengan kos minor yg lain, hati mula taraddud. Bak kata ummi "biasa la perempuan kan ada 9 nafsu.semua dia nk bljar" haha.

Namun,dalam banyak2 yang saya pening,satu yang saya pasti. Impian untuk belajar bahasa arab takkan pernah saya lupakan.

Dan ini impian saya --- mengambil kursus bahasa arab di universiti ummul qura makkah al mukarramah.

Setakat yang saya survey,ada kursus selama empat bulan dan ada yang selama 40 hari. Kos pengajian percuma dan elaun diberi.

Dan selepas saya nyatakan hasrat pada ummi untuk mengambil kursus bahasa, ummi kata "kalau alah amk kursus bhs,ummi nk ikut"

Maka impian sy yg telah diupdate >>> mengambil kursus bahasa arab di universiti ummul qura bersama ummi dan suami (mahram).

Ya Allah perkenankanlah impian hambamu ini..permudahkanlah..dan tetapkanlah waktu yg terbaik..ameen..
doakan saya:)

If you dare to dream big, you must dare to work hard.

#sy tulis disini supaya impian ini tidak hilang,dan setiap kali saya baca entri ini saya akan lebih bersemangat.

2 comments:

  1. Assalamualaikum nur. Najah nak bekenalan dengan nur boleh? Nak tanya tentaang permohonan ke umm qurra tu. Pm 0196329329

    ReplyDelete
  2. MashaAllah kak sole. Moga impian itu tercapai inshaAllah. Sy sentiasa doakan untk akak :)

    ReplyDelete