Followers

About Me

My photo
Cahaya yang baik- semoga menjadi hamba,anak dan pelajar yang solihah..juga prof.dr. yang solihah...in shaa Allah. Seek only to give and you will receive :)

Wednesday, July 29, 2009

a holiday trip to cameron highland


bismillahirrahmanirrahim...

merujuk perkara yang di atas saya dengan sukacitanya meberitahu saudara dan saudari tentang pengembaraan saya ke cameron highland.. aiseh formal lah pulak.. hehehe.. ok, aku pergi ke cameron pada cuti sekolah beberapa bulan yang lalu.. sepanjang perjalanan ke sana, aku rasa bosan sangat... takde apa yang boleh ditengok kecuali bukit.. setelah sampai di sana, kami menginap di alina's apartment (kalau tak silap la..) ..rumah kat sana takde kipas or air cond.. pasal apa? sebab udara dia dah sejuk.. kalau mandi, aku mesti mandi lama sebab boleh mandi air panas.. keesokannya aku n family pergi ke MARDI... dekat sana ada ladang strawberry, ladang teh, english garden, taman bunga taman herba and so on.. lepastu kami pergi ke big red strawberry farm.. kat sana aku makan aneka jenis makanan yang berasaskan strawberry.. mula-mula kami ingatkan nak petik strawberry tapi oleh kerana masa tu baru sudah makan starawberry, jadi kalau kami makan lagi.. rasanya muka pun akan jadi macam strawberry... lepastu kami balik ke apartment.. esoknya mak, kedua2 kakak aku pergi ke qia farms.. sedih jugak aku tak dapat ikut..... dan selepas itu kami balik... dan kami sempat singgah ke empangan kenyir....

Friday, July 17, 2009

result pertengahan tahun

bismillahirrahmanirrahim..
lamanya aku tak tulis kat blog ni.... bukan tak nak tapi tak sempat.... sekarang aku dah tahu result periksa pertengahan hari tu.. result aku menurun... yang paling aku sedih bm.. sebab aku target bm sepatutnya dapat A tapi aku tak tahu contoh soalan bm. jadi masa periksa tu aku kelam kabut sikit sampai kekeringan idea... lagi satu geo... aku periksa geo betul2 selepas kakak aku kawin.. hari ni kakak aku kawin esok tu terus periksa..dahla tu.. aku tak baca mana pun.. tuisyen pun aku tak pergi.. rugi pulak tak pergi.. tapi yang pergi pun lebih kurang sama je markah ngan aku... tapi aku tetap bersyukur dapat C daripada fail...subjek lain aku rasa ok la.. hari khamis ni mak aku datang sekolah nak tanda buku rekod.. setakat ni aku tak pernah rasa berdebar kalau mak aku nak tanda buku rekod aku sebab aku dah dapat nombor aku.. aku dpat nombor 1 dalam kelas ngan form..alhamdulillah.. aku takut gak nombor aku selepas ni menurun sebab ada saingan sengit dalam kelas tu siapa lagi kalau bukan syafiq.. alahai.. but it's ok aku akan buat yang terbaik setakat yang aku mampu.. do the best among the best! aja aja fighting!!!



result aku:
bm:76 sej: 76
bi: 66 quran: 100
mt: 96 sirah: 98
sn: 90 feqah: 100
ba: 98 tauhid: 100
pi: 93 tafsir: 96
kh: 81 hadis: 93
geo: 52