Followers

About Me

My photo
Cahaya yang baik- semoga menjadi hamba,anak dan pelajar yang solihah..juga prof.dr. yang solihah...in shaa Allah. Seek only to give and you will receive :)

Saturday, April 9, 2016

Mencari ibrah setiap ilmu.

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, kini saya sudah di penghujung semester tiga. Tinggal beberapa minngu sahaja lagi sebelum pulang ke rumah untuk cuti semester. Alhamdulillah, semester ini antara nikmat yang saya sangat patut syukuri- dikurniakan pensyarah dan rakan sekelas yang sangat hebat, yang membawa saya mengenang erti penciptaan kita sebagai manusia.

Namun, dalam nikmat yang luas,cabaran semester ini tak kurang hebatnya. Saban malam kami menjadi zombi, menyiapkan projek-projek setiap subjek yang bersusun-susun setiap minggu.
Sem ini, saya mengambil lima subjek ; law,business, public speaking, research skill dan selected themes of al quran. Lima subjek yang menyeronokkan.

Setiap kali ditanya, " Best tak belajar IRK, ilmu agama Islam?"

jawapan saya hanya satu "Alhamdulillah, best"

Jika ditanya kenapa best, sedangkan sudah jelas hala tuju pelajar bidang ilmu wahyu akan menjadi ustaz/ustazah. Nope. Ilmu agama bukan sekadar membawa kita menjadi ustaz/ustazah bahkan ilmu ini sebenarnya yang merawat jiwa kita. Kalau pelajar medic belajar untuk menjadi doktor perubatan, tapi pelajar ilmu wahyu belajar untuk menjadi doktor jiwa, yang merawat jiwa-jiwa ummah supaya tidak terus kontang, malah hidup dan sedar akan tugas kita sebagai hamba pada tuhan.

Yup, itu kalau soalan tentang Irk, ilmu wahyu, tentang bidang yang saya suka dan minat. Lidah ini bisa laju menyusun bicara, mengeluarkan hujjah, pendapat itu dan ini. Tetapi sem ini baru saya mengerti, perasaan mereka yang terpaksa belajar bidang yang tidak digemari, bidang yang tidak menjadi pilihan hati.

Dalam lima subjek yang saya ambil sem ni, saya paling tak boleh minat  subjek business. Sehinggalah suatu hari Allah tegur saya melalui ummi.

"Ya Allah, kenapa semua orang kena ambil business..tak boleh nak masuk..huhu" keluh saya di hadapan ummi.

" Kenapa kata macam tu?"

"Kenapa pelajar IRK kena belajar business,tak nampak kaitan dia"

" Jangan sombong dengan ilmu. Allah dah bagi kita peluang untuk belajar, sepatutnya kita gunakan peluang tu sebaiknya. Kita tak pernah tahu rezeki kita kat mana, tak semestinya kita belajar,kita minat IRK rezeki kita dalam bidang tu. Sebab tu, jangan pernah wujudkan kasta dalam ilmu. Belajar semua subjek bersungguh-sungguh sebab kita belajar untuk ilmu, bukan untuk minat semata"

Saya terdiam. Benar, kita belajar untuk ilmu, bukan untuk minat.  Kita ada kelebihan dan kekurangan kita masing-masing . Mungkin kekurangan kita dalam subjek ini,jadi usaha kita kena lebih. Yang pasti, bila hati dan penerimaan kita pada ilmu tu berubah, kita ikhlas untuk belajar subjek tersebut, semuanya akan jadi mudah. Yang penting , mentaliti yang menentukan tahapan usaha kita.  

Masih belum terlambat untuk kita ubah mentaliti kita, dan layanan kita pada setiap subjek. Jom kita kutip sebanyak mungkin ilmu yang ada. Katakan tidak pada kasta. Anda mampu mengubahnya :)

# Doakan kami exam final , semoga semuanya berjalan lancar. Ameen


Saturday, February 13, 2016

Intention


Bismillahirrahmanirrahim

"Korang, jom kita main bungee jumping.. hari tu tengok tak mahal sgt harga dia"

Saya scroll group wassap, terjumpa ajakan seorang rakan.

Bungee jumping, paragliding, permainan yang kian jadi trend pada masa sekarang.

Tetiba saya terfikir, macam mana ye kalau tengah main tu tetiba tali putus then kita mati,( nauzubillahimin zalik) adakah kita dikira bunuh diri?

Lalu persoalan ini saya ajukan kepada beberapa orang ustaz. Dan sengaja saya berkongsi di sini, keterangan dari salah seorang ustaz, kerana bagi saya pengajarannya sangat besar.

"Tak dikira bunuh diri, kerana bunuh diri ialah bila mana kita buat dengan niat utk bunuh diri.. see? It depends on your intention.but if you are playing it just for fun, you will have problem in front of Allah. What are you going to answer when He ask you? Unless if you are in millitary, and you play it as a practice.."

"Ustaz, macam mana pula kalau kita kata kita main ni, untuk tengok kebesaran Allah dari atas "

"Ok I ask you a question,  what ummah will benefit from that?"

Allahuakbar. Saya terkebil-kebil memandang ustaz. Tiada jawapan untuk soalan beliau. Dan tak pernah terlintas untuk tanya soalan itu pada diri saya, what ummah will benefit from that?

"It's all about intentions. Why do you want to marry?

Because of love? Because of fun?
Then again you will have a problem

We are marrying someone because Allah ask us to, because rasulullah get married, because we want to have children and raise them in islam.

Why we play football,netball? To have fun?

Why we put love and fun as our intention when its already there?
Fun and love will come naturally  if our intention is correct.

Always ask yourself, what ummah will benefit from you, what are you going to answer to Him. "

Yup. Kenapa kita meletakkan fun sebagai tujuan kita sedangkan kita memang akan seronok..

Sahabat,
Hati-hati dengan keseronokan..kerana Allah telah berfirman :

--Ketahuilah bahawa hidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan,perhiasan dan saling berlumba antara kamu menambah kekayaan harta anak keturunan seperti hujan dan tanaman yg mngagumkan.kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian hancur. Dan di akhirat ada azab yg keras serta keampunan dan keredhaan.dan kehidupan dunia hanyalah KESENANGAN PALSU--

Kita adalah penulis buku amalan kita.. pilih lah,nak ke kalau buku kita penuh dengan 'fun' keseronokan dunia?

Saya pernah tanya ummi, kenapa ummi tak tengok wayang?
Apa jawapan ummi?
Ummi kata " sebab ummi takut, kalau ummi mati dalam panggung tu, ummi tak tau nak jawab apa dengan tuhan"

Kita ada akal dan ilmu,gunakanlah sebaiknya..nilailah sebetulnya..

Kalau baik ambillah..kalau salah, nasihatlah..

Kerana kita bersaudara,
Yang impikan syurga :)


Monday, January 4, 2016

Pencinta


Aku impikan gelap itu
Menyelubungi jiwaku
Membawa hati ke pulau asing
Memencilkan diri di daerah gersang
Tenang dan damai..

Aku rindukan
Mutiara jernih itu
Mengalir hening
Membasahi kerak dosa
Menyucikan kotoran degil
Yang mendiam lama di lubuk kalbu

Aku mencari
Gemersik alunan sunyi
Terdengar jauh hingga ke dasar
Melembutkan jiwa yang kian keras
Menyedarkan dari lena fantasi
Biar terasa kosong
Biar terasa sendiri
Biar terasa fakir

Kerana aku perlukan sepi..

Untuk aku berkasih
Untuk aku bermadah cinta
Untuk aku meluah rasa rindu
Untuk aku mengukir bait bicara
Buat Dia, cinta teragung.

Bintun Isa Rohana





LARI

“Nubla, tolong buatkan senarai nama peserta yang hadir”

“Nubla, kutipkan duit yuran program”

“Nubla, kau free tak? Tolong carikan video dan lagu yang sesuai untuk program. Aku tak sempat nak cari”

“Nubla, music latar untuk projek kita tu hang cari kan? Hang buat skrip narrator  sekali eh”

Nubla…

Satu persatu mesej dibuka. Kepalanya terasa sesak dengan tugasan, semuanya perlu disiapkan dengan segera. Ahhhh.. dia bingung.Terbayang-bayang kuiz dan testnya minggu depan. Lantas telefon dimatikan. Lupakan segala mesej-mesej yang dibaca,dibiarkan tanpa sebarang balasan,tanpa sepatah jawapan.

Ya, dia ingin lari. Lari dari mereka yang melepaskan tanggungjawabnya pada orang lain. Lari dari mereka yang suka mengambil kesempatan dengan orang yang tak mampu berkata ‘tidak’ pada permintaan orang lain. Lari dari mereka yang hanya mengambil mudah dengan amanah.

Kadang-kadang Nubla terfikir, apakah mereka lupa bahawa dia juga pelajar yang juga punya tanggungjwab seperti mereka?  Yang juga ada kuiz, assignment yang perlu disiapkan
.
“Nubla, kalau awak rasa tak mampu,cakap je tak nak. Tak  boleh.Nubla, satu je saya nak pesan.. awak buat macam ni,sampai bila pun masalah takkan selesai. Lari dari masalah bukanlah solusi yang terbaik.”

Ya betul. Sebab itu dia ingin lari.. tetapi bukan lari untuk selamanya. Lari untuk memberi ruang, lari untuk menstabilkan minda, lari untuk mengumpulkan kekuatan. Lari, dan mengadu pada tuhan.

Dan.. dia akan bangkit.Dia harus bangkit.

“Tak salah kalau kita nak tolong orang, mungkin memang betul mereka kesuntukan masa. Untuk apa kau hidup di dunia? Untuk mencari redha tuhan,untuk mengumpul saham di akhirat. Bukankah kau sudah pasakkan untuk sentiasa memberi?”

Lalu telefon diambil, semua mesej itu dibuka. Setiap tugasan itu dicatat pada diarinya, disusun mengikut dateline.

This is the road that I have chosen. Even if I have to crawl, I will finish this journey.It’s not about how much you give, but it’s about how much love you put into giving.

Nota kaki:

Sebenarnya bukanlah kerana pelajaran, atau tugasan yang banyak itu membuatkan dia ingin lari. Tetapi kerana sikap, sikap mereka yang tidak memikirkan keadaan orang lain terlebih dahulu sebelum memikirkan keadaan diri sendiri. Sampai bila kita nak selfish macam ni?



Sunday, December 13, 2015

14.12

" Ibu dan ayah imam As Syafie mula membentuk didikan untuk anak mereka empat tahun sebelum kelahiran imam As Syafie"

Saya terdiam mendengar motivasi pagi yang bersiaran di ikim. Lantas butang volume ditekan- kedengaran suara ustaz dengan lebih jelas.

"Ayah imam syafie menjaga tingkah laku, menjaga pandangan,menjaga hubungan dengan tuhan,menjaga al quran bermula sewaktu usia mudanya,bukan sewaktu isterinya mula mengandung"

---Kerana didikan dan peribadi ibu bapa,membentuk personaliti anak pada masa akan datang. Maka ibu bapa yang hebat, melahirkan generasi yang hebat

Saya merenung diri saya.. Allahu.. sesungguhnya ibu bapa itu adalah anugerah yang tidak ternilai..

Terima kasih abah, dengan didikanmu, pengorbananmu, tingkah lakumu, membentuk alah yang hari ini. Walau alah hanya mengenali perbadi,sifatmu dari cerita orang lain, namun alah bersyukur dengan didikan yang abah berikan.. terima kasih... :')

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami..dan pertemukanlah kami kembali di syurga-Mu

Selamat hari lahir abah..

Al fatihah
hati merintih...rindu..



Sunday, December 6, 2015

Tinggalkan aku

Puas aku menolak
Namun kau tetap merintih
Memujuk rayu
Agar aku terus bersamamu

Puas aku menidakkan
Keperluanmu untuk aku itu tiada
Cukuplah dulu aku terleka
Harap kau mengerti

Andai waktu bisa diundur,
Takkan ku biarkan kau hadir
Meski hanya bayanganmu
Menjengah walau seketika

Andai keputusan yang kau pinta
Pilihan aku hanya satu
Jauhkan dirimu dari aku
Hentikan penyeksaanmu buatku

Namun aku akur pada norma hidup
Waktu yang berlalu takkan kembali
Kini yang tinggal hanya sesalan
Bersama azam dan semangat baru..

Aku ingin Berubah!

Maka,
Kisah silam..
Dosa dulu..
Ku mohon kau pergi..
Biarkan aku di sini
Bersama aku yang baharu.

Bantu aku,
Menghampiri Yang Satu.

Bintun Isa Rohana

Thursday, November 5, 2015

Depan

Bismillahirrahmanirrahim..

Cuti semester yang lalu saya habiskan masa di rumah bersama ummi. Membina lebih banyak memori bersama :)

Namun pada cuti kali ini ummi sibuk dengan kertas-kertas periksa akhir semester pelajar uitm yang perlu ditanda. Menjadi seorang pensyarah statistic, yang perlu menanda pelbagai bentuk graf, menyemak nombor antara bidang kerja yang mencabar.

Maka dua tiga hari cuti saya akan mendengar pelbagai cerita dari ummi sepanjang menanda kertas. Cerita lecturer yang mencuba pelbagai cara untuk menambah markah studentnya, lecturer perlu buat report kenapa student dapat markah sekian sekian..dan satu cerita mengubah saya untuk semester dua. Suka untuk saya berkongsi di sini.

_____

" separuh student kelas ni fail. "
Suara ummi memecah keheningan suasana.
" hurmm tapi ummi memang dah dapat agak dah" sambungnya lagi.

Aku berpaling memandang ummi.
"Kenapa ummi?"

" sebab diorang takde adab."

Ok menarik. Aku mula menarik kerusi, duduk berhadapan ummi - bersedia untuk mendengar kisah selanjutnya.

" Alah bayangkan. Ummi masuk kelas sebesar dewan. Pelajar semua duduk di belakang kelas, tinggal dua line kosong kat depan. Ummi panggil duduk depan, takde sorang pun bangun. Ummi panggil kali kedua, sama. Semua krik krik - kaku di tempat masing-masing. "

Erk.. telan air liur. Dulu aku juga pernah mengelak untuk duduk di hadapan.

" ummi kata dalam hati 'kurang ajar betul budak-budak ni. Nampak macam takde semangat langsung nak belajar "

Allah.. macam tu rupanya apa yang lecturer rasa.

"Lepas tu ada satu hari, meja dalam kelas dah disusun untuk ujian. Jadi susah untuk ummi berjalan sambil mengajar. Jadi ummi minta tolong student alihkan meja. Takde sorang bangun, semua tengok je ummi alihkan meja kat depan. Tengok sekarang ni, separuh tak lulus."

Nah. Aku terdiam mendengar cerita ummi. Kita tak tahu apa yang berlegar di hati mereka dengan setiap perbuatan kita. Dan sebenarnya perlakuan kita dalam kelas,adab kita bersama guru menentukan siapa kita.

Satu langkah mudah untuk diri kita masuk kelas, terus pilih tempat di hadapan, selain kebaikan-kebaikan duduk depan yang lain :

- fikirkanlah perasaan dan situasi lecturer. Apa perasaan mereka apabila mereka dengan semangat yang berkobar-kobar masuk kelas untuk mengajar, tengok lompong di barisan hadapan? sebaliknya pelajar penuh ke belakang.Maka mereka perlu menguatkan suara supaya semua pelajar dapat dengar. Sedangkan  bukan satu kelas sahaja yg perlu diajar, ada beberapa kelas. Kadang-kadang dalam satu hari ada 5-6 jam lecture. Dan kalau semua kelas jenis penuhkan bahagian belakang, alamatnya keringlah suara mereka.

Fikirkan...

--------

Sebenarnya duduk di depan banyak kelebihan, untuk mereka yang betul-betul cintakan ilmu :)

Sekian untuk satu pengajaran. Kadang-kadang benda kecil yang kita rasa remeh sebenarnya memberi impak yang besar. Tempat duduk? Well, sebenarnya ia melambangkan adab :)

Jom berubah !