Followers

About Me

My photo
Cahaya yang baik- semoga menjadi hamba,anak dan pelajar yang solihah..juga prof.dr. yang solihah...in shaa Allah. Seek only to give and you will receive :)

Monday, January 4, 2016

LARI

“Nubla, tolong buatkan senarai nama peserta yang hadir”

“Nubla, kutipkan duit yuran program”

“Nubla, kau free tak? Tolong carikan video dan lagu yang sesuai untuk program. Aku tak sempat nak cari”

“Nubla, music latar untuk projek kita tu hang cari kan? Hang buat skrip narrator  sekali eh”

Nubla…

Satu persatu mesej dibuka. Kepalanya terasa sesak dengan tugasan, semuanya perlu disiapkan dengan segera. Ahhhh.. dia bingung.Terbayang-bayang kuiz dan testnya minggu depan. Lantas telefon dimatikan. Lupakan segala mesej-mesej yang dibaca,dibiarkan tanpa sebarang balasan,tanpa sepatah jawapan.

Ya, dia ingin lari. Lari dari mereka yang melepaskan tanggungjawabnya pada orang lain. Lari dari mereka yang suka mengambil kesempatan dengan orang yang tak mampu berkata ‘tidak’ pada permintaan orang lain. Lari dari mereka yang hanya mengambil mudah dengan amanah.

Kadang-kadang Nubla terfikir, apakah mereka lupa bahawa dia juga pelajar yang juga punya tanggungjwab seperti mereka?  Yang juga ada kuiz, assignment yang perlu disiapkan
.
“Nubla, kalau awak rasa tak mampu,cakap je tak nak. Tak  boleh.Nubla, satu je saya nak pesan.. awak buat macam ni,sampai bila pun masalah takkan selesai. Lari dari masalah bukanlah solusi yang terbaik.”

Ya betul. Sebab itu dia ingin lari.. tetapi bukan lari untuk selamanya. Lari untuk memberi ruang, lari untuk menstabilkan minda, lari untuk mengumpulkan kekuatan. Lari, dan mengadu pada tuhan.

Dan.. dia akan bangkit.Dia harus bangkit.

“Tak salah kalau kita nak tolong orang, mungkin memang betul mereka kesuntukan masa. Untuk apa kau hidup di dunia? Untuk mencari redha tuhan,untuk mengumpul saham di akhirat. Bukankah kau sudah pasakkan untuk sentiasa memberi?”

Lalu telefon diambil, semua mesej itu dibuka. Setiap tugasan itu dicatat pada diarinya, disusun mengikut dateline.

This is the road that I have chosen. Even if I have to crawl, I will finish this journey.It’s not about how much you give, but it’s about how much love you put into giving.

Nota kaki:

Sebenarnya bukanlah kerana pelajaran, atau tugasan yang banyak itu membuatkan dia ingin lari. Tetapi kerana sikap, sikap mereka yang tidak memikirkan keadaan orang lain terlebih dahulu sebelum memikirkan keadaan diri sendiri. Sampai bila kita nak selfish macam ni?



No comments:

Post a Comment