Pada mulanya, saya sudah buntu memikirkan apa yang akan
diisi dengan cuti saya selama tiga bulan. Mengulangi rutin yang sama di rumah-
mengemas,memasak, membasuh, membuatkan saya rasa tidak produktif. Ternyata khabar
bahawa daurah kitab dua minggu melenyapkan kegusaran saya. Ya, moga dua minggu
yang bermanfaat.
Rupa-rupanya pondok Baitul Qurro’ yang dibangunkan semula
oleh Al Fadhil Ustaz Zulkifli ini, telah banyak kali mengadakan daurah. Saban
tahun banyak daurah dianjurkan oleh pelajar lepasan universiti,dalam mahupun
luar negara. Daurah musim bunga, daurah musim panas dan daurah kubra.
Jujur saya katakan, sepanjang dua minggu ini, saya merasakan
nikmat ketenangan yang luar biasa. Acap
kali air mata ini mengalir mengenangkan nikmat yang tak terhingga.
bacaan zikir dan wirid, alunan selawat serta qasidah membuatkan saya rasa tarbiyyah tuhan melentur
jiwa saya ke jalan Nya secara direct. Proses didikan talaqqi kitab memancarkan
aura yang berbeza, Allahu, terasa begaimana bersungguhnya seorang murobbi ingin
mendidik anak bangsa, bagaimana besarnya harapan mereka supaya kami mengerti
lalu menyampaikan kepada yang lain pula.
Subhanallah, terima kasih tuhan atas nikmat Mu ini.
Sebenarnya saya tidak berniat untuk bercerita panjang mengenai
daurah ini. Namun apa yang menarik perhatian saya, di hujung daurah, ustaz
memberitahu bahawa seorang syeikh besar dari Jordan akan datang bagi tausiyah
di pondok. Jadi sesiapa yang berminat untuk stay, boleh menginap di pondok
sehingga hari kejadian.
“Pagi tu ustaz akan bawa sheikh lawat pulau besar, dan malam
tu sheikh akan bagi tausiyah di sini”
Saya terdiam, berfikir. Pulau besar? Ada apa di sana
sehingga dalam banyak-banyak tempat yang bersejarah di Melaka, Ustaz bawa
sheikh ke sana?
Terus saya bisik pada sahabat di
sebelah “ Jom, kita kena pergi juga ke pulau besar”
Masing-masing terus melaporkan
pada ibu bapa untuk melanjutkan perjalanan ilmu beberapa hari lagi.
“Ummi, nanti alah nak pergi
pulau besar”
“Jangan pergi memuja macam
ajaran sesat tu kat sana, khurafat tu” Laung kakak saya dari corong telefon.
Memuja ? Khurafat? Ajaran sesat?
Tapi kenapa sheikh nak ke sana?
Makin banyak persoalan bermain
di minda , Yang pasti semua itu harus dirungkai. Mesti!
Pagi itu, kami
berkejar ke Melaka sentral untuk menghantar salah seorang sahabat kami.
Sayang, beliau tidak dapat ikut serta lawatan ini memandangkan beliau ada
urusan lain di Selangor. Tabah ye Amni, ada masa kita pergi sama-sama. Setelah itu, dengan perasaan yang bercampur baur, kami
menuju ke Jeti Pulau Umbai.
“ Ibu kata takut takde feri untuk pulang”
“ Cuaca macam mendung ni, janganlah hujan”
“Nanti kat sana kita nak gerak dengan apa?”
Tetapi masing-masing hanya diam seribu Bahasa, cuba
melupakan segala kegusaran yang timbul.
Jam 11.30 pagi kami tiba di jeti. Zap, satu ketenangan
menerpa bersama angin laut. Subhanallah indah sungguh pemandangan di situ.
Hilang semua serabut tadi.
Lawa kan? |
Alhamdulillah segalanya Allah mudahkan, kami beli
tiket feri dua hala, naik feri pukul 12 dan pulang pada pukul 2.30 petang.
Tetapi ada satu tanda tanya yang muncul, kenapa hanya kami orang melayu? Yang
lain semua india muslim. Mereka pun pandang kami atas bawah, mungkin mereka
juga pelik mana datang anak melayu ni,semua perempuan pulak tu!
“Kita nak ke mana dulu nanti?”
“ Muzium Pulau Besar!”
Ya, kita teroka dahulu apa yang dikatakan dengan mystical
island ini.
Ini lah feri yang kami naik, RM 15 tiket pergi balik. |
Sesampainya kami di jeti pulau besar, ada sebuah van telah
sedia menunggu. Rm2 satu kepala, akan
bawa sehingga ke maqam sultan Ariffin. Tetapi kebetulan waktu kami sampai van
tu dah penuh dan muzium tak jauh dari jeti, maka kami berjalan kaki sahaja ke
muzium.
Dari luar muzium ini Nampak gah dengan binaan seperti gua.
Makin teruja kami ingin masuk ke dalam.Tiba-tiba,
“ Eh tutup ke? Siap bermangga lagi.” Semua mula mempamerkan
riak hampa.
“ Kenapa tutup? Kat sini tulis buka setiap hari . Huhu”
“ Jap, biar saya tanya mana-mana pakcik di sini” Kata-kata
bella sedikit sebanyak berjaya menyuntik harapan baru.
“ Allah.. buka je dik, kena ketuk sikit pintu tu”
Haha. Rupanya pintu muzium berkunci sebab tak ramai orang
datang, kebanyakan orang ke pulau besar untuk ke maqam. Bayangkan hanya kami
berlima je kat dalam, memang muzium tu jadi kami punya. Siap dapat diskaun tiket lagi hehe.
Pulau Besar Melaka.
Pulau ini mula
didiami oleh orang laut, menjadi tempat persinggahan pedagang sebelum ke
Melaka. Kebiasaanya mereka berhenti di sini untuk tunggu angin monsun berhenti dan dapatkan bekalan air. Apa yang
menjadikan pulau ini patut diketahui oleh kita semua ialah :
- Di sinilah munculnya islam di tanah melayu sebelum Melaka. Sultan Ariffin merupakan keturunan rasulullah melalui susur galur al hasan, telah bermimpi supaya menyebarkan Islam ke kepulauan Melayu. Maka baginda berlayar keluar daripada negara baginda ke kepulauan melayu. Pada waktu itu kepualauan melayu terdiri daripada tanah melayu, sumatera dan Riau. Namun takdir Allah, rombongan sultan Ariffin kehabisan bekalan air lalu berhenti di Pulau besar ini. Maka tersebarlah Islam ke tanah Melayu sehingga ke hari ini.
- . Pulau ini menjadi tempat orang islam bertahan setelah diserang oleh portugis di Melaka. Mereka berkumpul di pulau besar untuk menyusun kembali strategi mereka melawan portugis. Namun, kebanyakan mereka kembali ke tempat abadi di sini. Oleh sebab itu, banyak maqam di pulau ini. Ada maqam guru silat, maqam tok janggut, tok putih, tok kenali dan sultan ariffin sendiri.
Ibrah
Benarlah, berbeza sebuah perjalanan
apabila diiringi rasa ingin tahu, rasa ingin mencari jawapan kepada
persoalan-persoalan yang datang. Bezanya pada sebuah kepuasan yang akhirnya membuatkan saya
berfikir kembali.
Saya sedar kenapa ulamak besar
dari negara luar datang melawat pulau ini. Ya jelas, apabila saya telusuri
perjuangan mereka mengembangkan islam, pelbagai rasa yang muncul, saya
termuhasabah sendiri.
“ Solihah, apa jasa kau pada Islam? Apa usaha kau dalam meneruskan perjuangan mereka? Susah apa yang kau rasa, tak sesusah mereka , terpaksa tinggalkan negeri sendiri, berperang dengan penjajah dan syahid bukan di negeri sendiri..malah maqam di negara orang lain..
Lalu alasan apa yang kau cari ? Mereka tak putus asa walau diserang musuh, sedangkan kau? Hanya gangguan-gangguan kecil yang datang..
Cukuplah.. cukuplah menghitung susah. Sedangkan ulamak dulu telah banyak membuka jalan dakwah ,memudahkan kita.. sehingga hari ini, kebanyakan kita lahir terus dapat title muslim.. Tugas kita menyambung dan meneruskan, agar dakwah itu bukan berhenti di tangan kita..”
Kedua, kenapa pulau ini
digelar mystical island? Kerana pulau ini terdapat banyak maqam sehingga disalah
ertikan oleh sebilangan masyarakat. Kebanyakan mereka ke sini untuk meminta
hajat, berdoa bawak bunga bawak air. Budaya hindu masih hidup terutama dalam
kalangan india muslim. Hatta ketika kami datang, masih ada yang tawarkan air
suci katanya , dan di sekeliling maqam penuh dengan bunga.
Sepatutnya kita, pergi ke sana
, melawat maqam, mendoakan mereka. Sebagai terima kasih kerana berusaha
menyebarkan islam di sini. Cuba bayangkan, kalau mereka tidak keluar dari
negara mereka,berlayar ,tempuh gelora ombak.. adakah kita sekarang bergelar
muslim?
Juga untuk kita ambil semangat supaya kita
sedar perjuangan ini perlu diteruskan, supaya perjuangan ini tidak berhenti di
jalan kita. Allah, terima kasih atas perjalanan ini.
Namun apa yang saya bangga
dengan pentadbiran Melaka, Mereka telah melakukan pelbagai usaha dalam
membendung khurafat ini, sehinggakan bila tiba waktu-waktu yang kritikal
seperti malam jumaat, maulid nabi, mereka akan melakukan program seperti
ceramah dan sebagainya bagi mengelakkan daripada orang melakukan khurafat.
Malah di dalam muzium siap dikhaskan satu sudut info tentang khurafat di pulau
ini. Semoga Allah membalas jasa mereka.
Mango float royale melaka. Nangis minum huhu |
Cukuplah perjalanan saya pada
hari ini. Balik tu kami singgah lagi ke mango float berhantu tu. Serius best.
Siapa yang pergi Melaka memang kena cuba. Oh lupa, kami pun sempat jugak pergi
ke mee besen ori tu. Best dan murah hehe.
Apa pun saya pulang dengan
semangat baru. Biarlah apa orang nak kata. Jalan ini perlukan sosok utuk
menyambungnya. Saya rasa kita terlalu muda untuk menghukum. Sedangkan masih
banyak sejarah yang kita perlu telusuri, hayati dan rasai.
Mengejar dua kemenangan,
Kemenangan Dunia dan akhirat,
taqwa dan istiqamah.
Allah, sampaikanlah..
Terima kasih untuk semuanya :) |
No comments:
Post a Comment