Followers

About Me

My photo
Cahaya yang baik- semoga menjadi hamba,anak dan pelajar yang solihah..juga prof.dr. yang solihah...in shaa Allah. Seek only to give and you will receive :)

Thursday, July 31, 2014

Cerita Syawal ^^

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam lebaran dan selamat kembali kepada fitrah.Cuma yang sedikit berbeza,fitrah yang lebih baik; fitrah yang telah melalui proses tarbiyyah. in shaa Allah.

"...dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan ) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur "

Al-Baqarah ayat 185

Ya, bersyukur. Pada saya,seringkali tibanya syawal,saya akan rasakan "ok,tahun ini hampir sampai ke penghujung,alhamdulillah aku telah melalui satu tahun" dan akan terus menanti ke syawal yang seterusnya.
Maka,boleh saya katakan pada saya,syawal bulan muhasabah. Pandangan peribadi,syawal dianggap bulan muhasabah kerana ;

Pertama,kita akan tengok balik,setiap amalan baik yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan,adakah terus konsistan sehingga syawal? Al-Quran yang dibaca satu juzuk satu hari,adakah selepas Ramadhan momentum masih sama? Sedekah,rasa ingin berkongsi..bagaimana pula dengan hati yang sentiasa cuba dekat padaNya? masih samakah? sila..sila tepuk dada dan sedarkan diri,wahai matahari Islam..

Kedua,pada hari raya inilah kebiasaannya akan berkumpul sekeluarga,saudara mara yang jauh-jauh,jarang jumpa semua akan pulang ke kampung halaman,meraikan hari bahagia bersama.Maka pada hari itu,kita akan melihat kembali,saudara mara,makcik pakcik,sepupu sepapat,macam-macam terlintas di fikiran ;
"owh dia dah macam ni..makin kurus.."
"eh..dia dah besar..makin matang.."
"dulu,aku selalu gaduh dengan dia ni.."
Saat itu,saya rasakan..ya Allah,sekejapnya masa berlalu.Banyak masa yang diberikan,tetapi kita tidak sedar,adakah masa itu digunakan sebaiknya,apa yang telah saya lakukan pada saat diberikan nikmat masa itu.ruginya saya,jika terus terleka lagi..ya,persoalan itu terus bermain-main di fikiran..

Ketiga,menjadi rutin kami pada hari raya menziarahi pak long dan mak long di kebun.pak long dan mak long bukanlah mempunyai talian darah,tetapi mereka lah yang menolong kami tengok-tengokkan kebun.Keadaan mereka tidaklah senang,tetapi bibir mereka senang mengukir senyuman.Dan satu lagi yang saya kagum,mereka pemurah,setiap kali pulang dari rumah mereka,tangan tidak pernah kosong.Melihatkan keadaan mereka,saya teringat pada satu cerita ;

Si miskin dan Si kaya

Suatu hari,seorang misikin datang berjumpa dengan orang soleh. Mengadu kepada orang soleh itu, dia miskin,dia banyak kekurangan.Makan tak cukup,susah nak hidup. Maka kata dia pada orang soleh itu, "Doakanlah supaya aku kaya"
Orang soleh itu menjawab, "kalau engkau mahu jadi kaya,bersyukurlah.."
Si miskin itu jawab lagi , "Macam mana aku nak bersyukur? Atas apa yang akan aku syukurkan?Memang tiada guna jumpa kau !!"

Sepulangnya si miskin,datang pula orang kaya bertemu dengan orang soleh itu.Si kaya juga mengadu.katanya,Dia kaya,serba cukup.Tetapi masanya terbahagi untuk mengurus harta,amanah Allah.Kadang-kadang hidupnya tak tenang memikirkan amanah.Susah nak hidup.Maka si kaya itu berkata pada orang soleh itu " Doakanlah supaya aku miskin.."
Orang soleh itu menjawab "jika kau mahu miskin,maka kufurlah.."
Si kaya menjawab "macam mana aku nak kufur?atas apa akan aku kufurkan?sedang nikmat Allah sangat banyak untukku! memang tiada guna aku jumpa kau!!"

Maka kehidupan diteruskan. Dan yang mengejutkan ialah,yang miskin makin miskin..dan yang kaya makin kaya..

Pengajarannya ialah..sepatutnya si miskin itu lebih banyak memberi dan terus bersyukur seadanya..syukur itu dalam pelbagai cara..dan nikmat,rahmat Allah dalam pelbagai versi.kita kadang-kadang tidak sedar bahawa itu sebenarnya rahmat dan nikmat bagi kita..
Sesungguhnya aturan Allah itu yang terbaik..

Sekian sahaja,buat kali ini..semoga raya kali ini terus diberkati,dan kita diberi kekuatan untuk terus istiqamah.sentiasa muhasabah diri bersama.

Taqabbalallahu minna wa minkum,siyamana wa siyamakum ^^

 wallahu a'lam.
Mendamba cinta-Nya

Friday, July 25, 2014

KAWAN KE LAWAN?

Bismillahirrahmanirrahim..

Sepanjang Ramadhan ini,seperti sebuah cerita yang disusun,seorang sahabat mengadu mengenai salah faham yang berlaku dengan sahabatnya.Dua hari selepas tu,saya juga mendengar kes yang sama.Setelah beberapa kali didedahkan dengan kes yang sama,hati tergerak untuk berkongsi di laman ini.Biasa,dalam persahabatan ada masa berlaku beberapa salah faham
.Kadang-kadang diri sendiri tertanya-tanya,
 "kenapa aku yang dipilih-Nya untuk menjadi sebagai orang yang bertanggungjawab dalam kes2 tersebut?"

Tetiba saya tersedar pada satu hakikat,hakikat yang bahawa masalah itu juga merujuk kepada diri sendiri,kembali pada batang tubuh sendiri.Hebat aturan Allah,teguran-Nya melalui pelbagai cara.

Sepanjang minggu tersebut kisah Hatib R.A,sahabat baginda rasulullah S.A.W bermain-main dalam fikiran,diulang-ulang bagaikan sebuah hikayat yang dihafal.

Hatib R.A merupakan sahabat baginda yang sentiasa bersama baginda.Beliau menyertai setiap peperangan bersama baginda termasuklah peperangan Badar Al-Kubra.
Apabila seruan hijrah ke Madinah sampai,Hatib R.A menyahut seruan itu,walaupun beliau terpaksa meninggalkan keluarga beliau di Makkah.
Pada saat Rasulullah rasakan sudah tiba masa untuk kembali ke Makkah,Rasulullah memang merahsiakan tentang rancangan itu.Tetapi Hatib R.A seakan dapat mengetahui rancangan baginda mula merasakan bimbang akan keadaan keluarganya di Makkah.
Atas rasa tanggungjawab dan sayang pada keluarga,Hatib R.A menulis sepucuk surat kepada keluarganya dan diutus melalui seorang wanita.
Allah S.W.T memberi ilham kepada Rasulullah S.A.W bahawa  ada seorang wanita sedang membawa surat tersebut.Lalu baginda mengutus saidina Umar untuk menahan wanita itu.
Setelah wanita tersebut diugut,terbongkarlah bahawa pengutus surat tersebut merupakan Hatib R.A.
Maka,beliau dipanggil mengadap Rasulullah S.A.W.
Setelah mendengar penerangan beliau,baginda memaafkan beliau..namun,tidak dipersetujui saidina Umar.Saidina Umar meminta izin untuk memenggal leher beliau.
tetapi apa jawapan baginda, "jangan,kerana beliau ahli badar"

Pengajaran, kita hendaklah bezakan antara kawan dan lawan. kawan kita yang selama ini sangat baik,sentiasa menyokong kita,bersama susah dan senang.
tapi,mungkin ada satu hari tu,dia khilaf,buat kesilapan yang mengguris hati,membuatkan kita terasa,jauh hati..
maafkanlah..
jangan disebabkan satu khilaf,kita lupa semua kebaikan dia,semua kenangan manis bersama.Sedangkan Rasulullah S.A.W memaafkan Hatib R.A,sahabat baginda yang sentiasa bersama menyokong perjuangan baginda walaupun kesilapan yang dilakukan sangat besar iaitu membocorkan rahsia negara.
 saat kita terasa dengan sahabat,ingatlah.."kalau aku boleh terasa macam ni,maknanya dia juga pernah terasa macam ni."

Dan,mungkin hikmah daripada semua ini juga,saya belajar satu perkara.
Saya berpegang pada satu prinsip : apabila sebuah persahabatan dibina atas dasar keimanan kerana Allah,maka kita akan terima semua baik dan buruk sahabat kita.
Dan saat kita berkecil hati dengan sahabat,rasa itu sekejap sahaja,selepas itu akan hilang,larut bersama masa sebab kita terima dia sepenuhnya.
tetapi,,prinsip ini rupanya perlu diubah sedikit. Senior tegur,katanya kalau saya terus dengan prinsip ini,maka tahap ukhuwah saya dengan sahabat akan sentiasa pada tahap salamatus sodr sahaja.
katanya lagi,salamatus sodr dan sabar ada tahapnya. Ya.memang kita terima baik dan buruk sahabat,tetapi dalam masa yang sama kita nak dia sentiasa berubah ke arah yang baik.Maksudnya,buruk yang ada pada dia,yang mungkin dia tak tau,maka peranan kita sebagai sahabat untuk bimbing dia jauh dari sifat buruk tersebut.
jadi,prinsip yang baru : kita terima dan improve :) sentiasa cuba untuk tegur (I'm trying) jika ada sahabat kita buat salah.Dan yang mengur serta yang ditegur hendaklah sentiasa tajdid niat lillahi taala..in shaa Allah berusaha ke arah tahap ukhuwwah yang paling tinggi; ithar..

Persahabatan yang ke syurga akan manis saat dibina atas dasar keimanan dengan tujuan mencapai redha Nya.
jika benar cinta dan sayang,kita ingin sahabat kita bersama-sama berpimpinan ke syurgaNya..In shaa Allah
 ^^
wallahua'lam
mendamba cinta-Nya

Saturday, July 12, 2014

Rahmat Allah Mengajar Kita Untuk Percaya

bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.Alhamdulillah,Allah masih berikan kesempatan pada kita untuk terus menikmati nikmat puasa pada Ramadhan kali ini.Nikmat nyawa yang Allah berikan,untuk menguji sama ada kita tergolong dalam kalangan yang bersyukur atau kufur.

"Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada waktu siang hari.Kemudian,Dia membangunkan kamu pada waktu siang untuk disempurnakan umurmu yang telah ditentukan.Kemudian pada Allahlah kamu kembali,lalu Dia memberitahu kamu apa yang telah kamu kerjakan"
Al An'am ayat 60

Bulan Ramadhan sering dilaung-laungkan dengan madrasah tarbiyyah yang ijazahnya taqwa.Maka seiring dengan tingginya ijazah yang bakal diperoleh,maka ujian yang dihadapi tidak kurang juga hebatnya.
Alhamdulillah,pengajian saya sudah masuk ke semester dua bererti sudah 6 bulan lebih diri ini berusaha menjadi penjunjung kalamNya. Alhamdulillah juga Allah memudahkan perjalanan sepanjang semester satu.

 Namun,seperti yang kita sedia maklum,setiap yang beriman tidak terlepas dari diuji.Allah uji untuk semester dua,susah untuk menghafal.Kadang-kadang satu jam belum tentu dapat hafal satu muka surat.Lagi,saya diuji pada bulan mulia ini.Pada saat semua yang lain 'memecut' tasmik banyak-banyak memandangkan ini bulan Ramadhan,saya hanya mampu tasmik satu maqra' dan kadang2 dua maqra'.

Sedih,hilang harapan dan punca.Saya cuba mengadu pada rakan-rakan,namun tiada yang percaya.Semua telah meletakkan saya pada golongan 'laju' maka mana mungkin saya ada masalah.Seolah-seolah lupa bahawa saya juga manusia yang akan sentiasa diuji.
Inisiatif kedua diambil,cuba mengasingkan diri,sorang-sorang di dalam bilik (kebetulan roommate cuti 5 hari) dan terus menghafal.Aturan Allah sangat hebat,saya diuji pula dengan mengantuk dan pening.Setiap kali diri ingin fokus,kepala terasa berat dan mengantuk.Sekali lagi,saya terus putus harapan.mood yang sentiasa sedih.

Sehingga,suatu hari diri tersedar.Ya,Allah uji dengan ujian,supaya saya kembali dekat padaNya.Sepatutnya,apabila diuji Dia yang pertama dicari,bukanlah makhlukNya.Sebagai wasilah,seorang senior menyedarkan saya.Sepotong ayat "Rahmat Allah mengajar kita untuk percaya" membuat saya tersedar. saat menerima ujian,kita sepatutnya percaya dengan rahmatNya,bahawa setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

"again,it's a signal that Allah want you to know,you have come to the time where you need to realise the real meaning of confidence to talk to Allah. Talk to Him. Like you talk with your best friend ever. Talk to Him like you're a child"

"dan Allah menyuruh kita untuk meminta padaNya dengan rasa takut dan harap.Takut disebut dulu-takutlah jika kamu tidak berusaha tetapi kamu meminta kepada-Nya. dan berharaplah kepada rahmat Nya sentiasa. kita tidak akan mendapat apa-apa tanpa rahmat Allah..."

"apabila Allah,tuhan seluruh alam ini menggalaskan sesuatu ke atasmu sesuatu,yakinlah itu adalah kepercayaan yang datang daripada Dia.Rendahkanlah dirimu, dengarlah, kerana kamu telah mendapat kepercayaan daripada pencipta seluruh alam.Maha Suci Allah. Dia mempercayai kamu bahawa kamu melakukan hal itu dengan tenang dan terbaik."

kepercayaan biasa ialah percaya selepas melihat sesuatu.kepercayaan yang tiada nilai iman.seperti penguji kaji dalam makmal yang percaya kepada teorinya apabila uji kajinya berhasil.
 Namun,kepercayaan yang tinggi ialah percaya sebelum melihat,dan kita bekerja keras untuk melihat apa yang kita percaya.

Percayalah..setiap aturan Allah yang terbaik untuk hambaNya..dan setiap yang berlaku pasti ada hikmah.
Rahmat Allah mengajar kita untuk terus,terus dan terus percaya :')

credit to her,ustz hasrizal,transformasi ramadhan ^^

wallahua'lam.
Mendamba cinta-Nya.

Monday, June 9, 2014

duhai hati..sabarlah :)

Bismillahirrahmanirrahim..


Mimpi apa tetiba hati tergerak nak buka blog..subhanallah..rupa-rupanya genap setahun tiada post baru..maka hari ini,sempena semangat baru,(almaklum tengah cuti ^^) saya ingin berkongsi sepotong hadis

Pada suatu hari Rasulullah S.A.W lalu di satu perkuburan..baginda mendapati seorang wanita meratap,menangis di kubur anaknya.
.lalu baginda bersabda "bersabarlah"
perempuan itu menjawab "engkau tidak merasa apa yang aku rasa" (perempuan itu tidak tahu bahawa yang menasihatinya adalah Rasulullah S.A.W.)
setelah beliau mengetahui yang berkata-kata itu junjungan mulia,beliau segera berjumpa dengan baginda untuk menjelaskan.
baginda bersabda "sesungguhnya sabar itu dikira di awal pertembungan"

Maksudnya di sini,sabar itu dikira saat pertama kita ditimpa ujian..kita menerimanya dengan redha,bukanlah meratap dan menyalahkan takdir.Sangat susah..tetapi orang yang beriman itu percaya hikmah ALLAH menjadikan sesuatu.

Saya teringat kelas aqidah sewaktu kami belajar rukun iman yang keenam iaitu beriman pada Qada' dan Qadar..seperkara yang menyentap hati ini,menyedarkan kembali akan hakikat sebuah kehidupan :

 Kejahatan ada dua pandangan :

Satu pandangan adalah baik dari segi nisbah Allah kerana mngandungi hikmah dan rahsia yang Allah saja tahu

Satu pandangan tidak baik dari segi nisbah pandangan manusia yang tidak mengetahui hikmah dan rahsia kejahatan itu.



Contoh: sakit adalah kejahatan dan bencana jika dinisbahkan di dunia tetapi jika dinisbahkan pada Allah sakit itu mndapat keampunan dosa dan pembersihan jiwa.

satu lagi contoh..suka saya nak bawakan di sini..kehilangan ayah dan ibu merupakan satu musibah bagi kita..tetapi tanpa kita sedar musibah ini juga membawa nikmat kerana kita tidak akan membuat derhaka pada mereka 

oleh itu..duhai hati..sabarlah..teguhlah kepercayaanmu dengan janjiNya..

ustaz Abdullah Amin ada menerangkan 'fasobrun jamil' itu sabarnya kita sehingga tiada yang dapat mengesan masalah yang kita hadapi..hanya Dia tempat kita mengadu..sehingga tiba saatnya, kita akan merasai betapa indahnya 'sabar yg cantik' itu..

wallahu a'lam..
mendamba cinta-Nya





Saturday, December 15, 2012

Spaghetti tuna with parsley

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..entah mimpi apa hari ni tetiba rase nk menulis blog..hehe..mungkin sebab excited dapat buku resepi baru...apa yang lagi excited buku tu sume resepi pasta..wah!! teruja tak? haha

Terima kasih buat kakakku,k.nor yang mengerti obses adiknye dengan pasta..haha



so,nila bukunye..memang perfect..resepi die sume simple-simple dan sangat mudah..

Jadi,hari ini,..saya nak kongsi satu resepi  yang menarik dan mudah untuk dicuba.

Spaghetti with tuna and parsley

SERVES 6

500g of spaghetti
2 tbsp butter
200g canned tuna,drained
55g of anchovies
1 cup olive oil
1 cup coarsely chopped fresh flat-leaf parsely
2/3 cup yogurt
salt and pepper

Bring a large,heavy bottom pan of lightly salted water to a boil. Add the spaghetti,bring back to a boil,and cook for 8-10 minutes or until tender but still firm to the bite. Drain the spaghetti and return to the pan.Add the butter and toss thoroughly to coat and keep warm until needed.

Flake the tuna into smaller pieces using 2 forks.Place the tuna into food processor or blender with the anchovies,oil,and parsely and processed until the sauce is smooth.Pour in the yogurt and process for a few seconds to blend.Taste the sauce and adjust the seasoning,adding salt and pepper if nescessary.

Shake the pan of spaghetti over medium heat for a fewminutes or until it is thoroughly warm through.

Pour the sauce over the spaghetti and toss quikcly using 2 forks.
Serve immediately.

                                                        tadang!!jom kite cube!! ^_^

So,that's all from me for today..assalamualaikum :)

Monday, December 19, 2011

kelebihan wudhuk =)

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum semua...hri ni sy mari mood rjin nk menaip..hehe..cmpur nervous nk amk result lg..so,,kite mengadap blog ye..bleh jugak share ilmu yg bru dpt bru nih..toyyib,kali ni sy nk share tentang wudhuk pulak..turut disampaikan oleh ustz nasharudin..katanya,,beliau amk ni dr hsil kajian spe entah..sy pn x ingt..hehe

baiklah~tanpa membuang masa,,dipersilakn wudhuk tampil kehadapan.. (hahaha..dop psl)

wudhuk dapat meransang kawasan aktif biologi di tubuh manusia..ok,,kawan2 mesti tertanya2,,kwsn aktif biologi tu ape kn??kwsn aktif biologi nih merupakan kwsn yg mna jika kwsn tersebut diransang,sistem saraf dlm badan akn turut teransang..sekaligus memberikan kesan positif terhadap kesihatan..
terdapat 700 kwsn aktif biologi di dalam tubuh..66 dr 700 tu memberikan kesan yang segera..

ok,,pengkaji tersebut pda asalnya..berasa hairan dgn wudhuk..krn anggota wudhuk kdg2 tiada kaitan pn dgn yg hndk dibersihkn...haa..mesti dop fhm kn?ok,sy bg contoh..kataknlah seseorg itu terkentut..maka wudhuk die akn batal..kn3?so,,yg pengkaji ni duk pelik sangat..kenapa dia x perlu bsuh dubur dye tu.sebaliknya kena basuh muka , tangan , kepala , kaki (anggota wudhuk)..jd,,dye pun duk kaji2..akhirnya dpt lah jwpn..

tadang!!

rupa-rupanya 61 daripada kwsn aktif biologi yg segera memberi kesan tu berada di kwsn wudhuk utama org islam..yg 5 lagi berada antara buku lali hingga lutut.. iaitu kwsn yang disunatkan wudhuk..msuk dalam bhgian ghurrah dan tahjeetnya..iaitu melebihkan sedikit dari anggota biasa.

*apabila kita menyentuh MUKA,, ia akan meransang saraf bagi memberi kekuatan baru kepada usus,perut, pundi kencing,dan sistem peranakan..
*apabila KAKI KANAN dibasuh dan digosok,ia akan meransang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang , usus,pankreas,hempedu,thyroid dan kawasan pinggang
*apabila KAKI KIRI dibasuh dan digosok,ia akan meransang sistem saraf bagi mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengandungi sistem endokrin..

bagi kaki tu..kite kena duduk masa nk bsuh tu..n bsuh seara silang..katakanlah kita basuh kaki kanan,,maka tangan kri hendaklah menggosok kaki kanan tersebut..begitulah sebaliknya..supaya dapat mengelokkan kawasan pinggang nih..

dan wudhuk juga mempunyai ratusan titik akupuntur

muka=84
tangan=95
kepala=64
telinga=125
kaki=125
jumlah=493

subhanallah..semuanya diatur ALLAH dngan teliti...kdg2 klu kita fikr ikut logik tanpa kajian..btul jugak ape yg pengkaji tu duk fikr mse mula2 tu..so,,ayuh kita berwudhuk!!hehehe..dan ketahuilah bg sesiapa yang berwudhuk,sedangkan dia telah mempunyai wudhuk akan mendapat sepuluh kali kebaikan..

wallahua'lam :)

Friday, December 16, 2011

solat dan warna alam :)

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum...sudah lama jari ini tidak menari mencoret di dalam blog ini..semuanya kerana virus "malas" menyerang..heheh..dipendekkan cerita,,pada 10 disember sehingga 15 disember,sy menyertai sebuah kem yang dinamakn kem imamah muda..wah,,macam program tv tuh...haha..slh seorg fasilitator said,,program astro "imam muda" tu tiru idea jheat..dri awl2 lg,,,sy dh semangat nk msuk kem ni...bunyi pn mcm menarik..and rse mcm kem ni lain sket dr kem nih...dan penyebab pling utama,,sy mmg suke pergi kem..ahaks!

seperti yg dijangka,,kem ini diisi dgn pngisian2 yg amt berguna...seperti kemahiran berkomunikasi,solat jenazah,slat gerhana,bacaan alquran,kaifiat bersuci dan yg pling sy tertarik,,solat dalam sains..slot ni amt memberi kesan kpd sy,,yg kdg2 ske melambat2kn slat...slot ni disampaikn oleh ustaz nasharudin yang jga merupakan fasilitator kumpulan sy..beliau merupakan imam di masjid at-taqwa..

toyyib,,tanpa membuang masa,,sy nk kongsi serba sedikt ilmu yg sy dpat sepnjg slot tu..

waktu SUBUH ~
pada waktu ini,,alam berada dalam spektrum warna biru muda..yg mana warna ini bersamaan dengan frekuensi thyroid..warna biru atau waktu subuh mempunyai rhsia berkaitan dengan penawar,rezeki dan komunikasi serta mempengaruhi metabolisma tubuh..maka,sesiapa yg lambat menunaikan solat subuh,,mereka akn mempunyai masalah komunikasi,,rezeki,penawar dan metabolisma tubuh mereka rendah..sebaliknya,,sesiapa yg mengerjakn pda awl wktu,semua masalah itu akan tiada kerana mereka dapat warna biru muda itu..hanya mereka yg mengerjakn pda AWAL WAKTU yg akn dpt warna tersebut..

waktu ISYRAQ,DHUHA,ZOHOR~
pada waktu ini,alam berada dalam spektrum warna hijau dan warna kuning yang bersamaan dengan frekuensi perut dan hati..yang juga berkaitan dengan sistem penghadaman..warna kuning juga mempunyai rahsia tentang keceriaan..sesiapa yang solat pada awl waktu,,sistem penghadaman mereka akn baik dan mereka akn selalu ceria..ayuh kita solat pada awal waktu :)

waktu ASAR~
pada waktu ini alam berada dalam spektrum warna oren..wrna ini sama dengan frekuensi prostat,uterus,ovari dan testis..iaitu sistem reproduktif..rhsia pada warna oren pula ialah kreativiti..oleh itu,,sesiapa yang mengerjakn solat asar pada awl wktu akn menjadi kreatif,serta tidak mempunyai masalah berkaitan sistem reproduktif..insyaALLAH..

waktu MAGHRIB~
waktu ini,alam berada dalam spektrum warna merah..yang mana sama dengan frekuensi jin dan iblis..jadi,jin dan iblis amat bertenaga pada waktu itu..oleh itu,,rakanku sekalian,,jgn la kalian berada di luar rumah pada waktu ini kerana kalian akn mudah diganggu iblis dan jin yg amat bertenaga itu..selain itu,,warna merah ini sama dengan frekuensi otot,saraf dan tulang..rhsia merah ialah keyakinan..maka,untuk mendapatkn kebaikan dr warna ini,,1 je yg perlu kite lakukan,solat maghrib pada awl waktu~

waktu ISYAK~
pada waktu ini alam akan berada dalam spektrum warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan..warna ini sama dengan frekuensi sistem kawalan otak..orang yang kerap meninggalkan solat isyak akn selalu kegelisahan..

selepas itu alam akan mula bersinar kembali dengan warna putih,pink yang mana sama dengan frekuensi kelenjar..sesiapa yg qiamullail,,akan mendapat warna tersebut.subhanallah..

sekian sahaja dr sy...andaikata ada yang tersalah info,,mohon dibetulkan..jika ingin membrikn pendapat serta mnambah info,,dipersilakn..jdikn lah penemuan ilmu ini sebagai motivasi untuk kita terus mngerjakan solat di awl wktu..kerana orang yang lmbt atau meninggalkn solat akan mempunyai masalah yg berkaitan seperti yang dinyatakn di atas..kerana mereka tidak mendapat warna2 alam tersebut..

ilalliqo' wassalamualaikum...