Followers

About Me

My photo
Cahaya yang baik- semoga menjadi hamba,anak dan pelajar yang solihah..juga prof.dr. yang solihah...in shaa Allah. Seek only to give and you will receive :)

Tuesday, September 26, 2017

Poligami?

Bismillahirrahmanirrahim

Lama saya fikir..  apa yang Allah nak ajar saya..

Minggu ini saya didedahkan dengan cerita berkisar poligami, ayah nak kawin lain, ayah ada perempuan lain, suami curang waktu isteri berpantang, ayah ngan mak nak bercerai..

Allahu.. dan semua ini saya dengar dari mereka yang dekat dengan saya..  beza rasa sedih  baca kes cerai di surat khabar dengan dengar sendiri..

Bila ustaz tanya dalam kelas "awak nak bagi tak suami awak kawin lg?" majoriti kaum wanita akan menjerit tak nak, semua dah angkat palang X awal2 lagi walaupun semua belum berkahwin..
dan saya akan terdiam sendiri..  perlahan-lahan tanya pada hati..

"على راحته"

hanya itu jawapan yang saya mampu setakat ni..

saya berfikir sendiri.. kenapa ya kita tak suka pada poligami..
sedangkan banyak peluang yang kita dapat..  lagi saya pelik bila ada yang nak minta cerai kerana suami ingin kahwin lagi..

Dan hari ni saya sedar akan sesuatu..
Apa yang ditakuti.. apa yang dirasai.. oleh semua isteri..
Bila mana suami yang sepatutnya sama2 membesarkan anak, sama2 plan nak capai matlamat.. sama2 rangka aktiviti minggu keluarga.. kini fokusnya terpecah pada dua..
Dan yang si isteri perlu akui dan fahami, si suami yang kudratnya masih sama kini terbahagi..
Kalau sebelum ni, dia hanya perlu cari waktu kosong mereka berdua tapi kini dia kena sedar bahawa waktu kosong itu juga dituntut oleh isteri kedua..

Contoh :

" Minggu ni free tak, ada hari sukan anak.. "
" Em minggu ni ada event syarikat ika (Nama madu)  " contoh je ni tau 😂

Maka di sini sebelah pihak akan berkorban
" okay.. takpe la klau macam tu "

Dan dia akan sedar, dia tak boleh bergantung pada suami dia macam yang sebelum ni.. dia kena banyak bergerak sendiri dan berdikari..
Dan akhirnya dia akan sedar, kita tak akan dapat memiliki makhluk secara mutlak, kerana kita jua makhluk..
Maka kembalilah pada yang Khaliq.. aturan apa yang ingin diaturkan..
Yang pasti, moga setiap aturan itu, kita dapat melalui dengan syukur dan redha lalu kita semakin dekat dengan Dia..

Tiada yang ikhlas, tanpa berkorban.. betul, sangat setuju.. tapi dunia ni sekejap sangat.. dan ghoyah Kita lebih dari itu, bukan sekadar stay together forever.. tapi redha Allah yang Kita kejar..

Saya teringat pesan ustaz, Allah menyembunyikan keredhaan-Nya dalam amalan hambanya, dan kemurkaan-Nya dalam maksiat hambanya..

Itu sisi kita..  sabarlah.. dan tetaplah taat pada suami.. selagi itu pahala akan berjalan.. klau dia tak berlaku adil, itu perhitungan buku amalan dia.. dan kalau  kita sabar.. kita yang dapat pahala kan? 😊

tapi sisi lelaki, tak ada yang halang untuk berpoligami, bahkan Allah sudah membenarkannya.. tetapi Jangan lupa pada syarat yang ditetapkan..

"Jika kamu takut untuk tidak berlaku adil, maka seorang itu lebih baik... "

Takutlah kepada Allah.. ini amaran yang telah diberi.. keadilan bukan sekadar harta, rumah sama besar, tapi Perhatian, fokus, masa dan tenaga.. sebenarnya itu yang lebih besar dari wang ringgit..
  klau yakin, takde keraguan takde ketakutan itu silakan..

Sekian rumusan dari kelas aqidah, usul fiqh, dan perjalanan kehidupan minggu ini.. doakan yang baik - baik untuk semuanya

Syurga itu tersembunyi dengan sesuatu yang dibenci nafsu 

Friday, August 18, 2017

Perjalanan ilmu ke Pulau Besar Melaka

Pada mulanya, saya sudah buntu memikirkan apa yang akan diisi dengan cuti saya selama tiga bulan. Mengulangi rutin yang sama di rumah- mengemas,memasak, membasuh, membuatkan saya rasa tidak produktif. Ternyata khabar bahawa daurah kitab dua minggu melenyapkan kegusaran saya. Ya, moga dua minggu yang bermanfaat.

Rupa-rupanya pondok Baitul Qurro’ yang dibangunkan semula oleh Al Fadhil Ustaz Zulkifli ini, telah banyak kali mengadakan daurah. Saban tahun banyak daurah dianjurkan oleh pelajar lepasan universiti,dalam mahupun luar negara. Daurah musim bunga, daurah musim panas dan daurah kubra.

Jujur saya katakan, sepanjang dua minggu ini, saya merasakan nikmat ketenangan yang luar biasa. Acap  kali air mata ini mengalir mengenangkan nikmat yang tak terhingga. bacaan zikir dan wirid, alunan selawat serta qasidah  membuatkan saya rasa tarbiyyah tuhan melentur jiwa saya ke jalan Nya secara direct. Proses didikan talaqqi kitab memancarkan aura yang berbeza, Allahu, terasa begaimana bersungguhnya seorang murobbi ingin mendidik anak bangsa, bagaimana besarnya harapan mereka supaya kami mengerti lalu menyampaikan kepada yang lain pula.   Subhanallah, terima kasih tuhan atas nikmat Mu ini.

Sebenarnya saya tidak berniat untuk bercerita panjang mengenai daurah ini. Namun apa yang menarik perhatian saya, di hujung daurah, ustaz memberitahu bahawa seorang syeikh besar dari Jordan akan datang bagi tausiyah di pondok. Jadi sesiapa yang berminat untuk stay, boleh menginap di pondok sehingga hari kejadian.


“Pagi tu ustaz akan bawa sheikh lawat pulau besar, dan malam tu sheikh akan bagi tausiyah di sini”

Saya terdiam, berfikir. Pulau besar? Ada apa di sana sehingga dalam banyak-banyak tempat yang bersejarah di Melaka, Ustaz bawa sheikh ke sana? 

Terus saya bisik pada sahabat di sebelah “ Jom, kita kena pergi juga ke pulau besar”

Masing-masing terus melaporkan pada ibu bapa untuk melanjutkan perjalanan ilmu beberapa hari lagi.

“Ummi, nanti alah nak pergi pulau besar”
“Jangan pergi memuja macam ajaran sesat tu kat sana, khurafat tu” Laung kakak saya dari corong telefon.

Memuja ? Khurafat? Ajaran sesat? Tapi kenapa sheikh nak ke sana?

Makin banyak persoalan bermain di minda , Yang pasti semua itu harus dirungkai. Mesti!


Pagi itu, kami  berkejar ke Melaka sentral untuk menghantar salah seorang sahabat kami. Sayang, beliau tidak dapat ikut serta lawatan ini memandangkan beliau ada urusan lain di Selangor. Tabah ye Amni, ada masa kita pergi sama-sama. Setelah itu, dengan perasaan yang bercampur baur, kami menuju ke Jeti Pulau Umbai.

“ Ibu kata takut takde feri untuk pulang”
“ Cuaca macam mendung ni, janganlah hujan”
“Nanti kat sana kita nak gerak dengan apa?”

Tetapi masing-masing hanya diam seribu Bahasa, cuba melupakan segala kegusaran yang timbul.

Jam 11.30 pagi kami tiba di jeti. Zap, satu ketenangan menerpa bersama angin laut. Subhanallah indah sungguh pemandangan di situ. Hilang semua serabut tadi. 
Lawa kan?

Alhamdulillah segalanya Allah mudahkan, kami beli tiket feri dua hala, naik feri pukul 12 dan pulang pada pukul 2.30 petang. Tetapi ada satu tanda tanya yang muncul, kenapa hanya kami orang melayu? Yang lain semua india muslim. Mereka pun pandang kami atas bawah, mungkin mereka juga pelik mana datang anak melayu ni,semua perempuan pulak tu!   
“Kita nak ke mana dulu nanti?”
“ Muzium Pulau Besar!”
Ya, kita teroka dahulu apa yang dikatakan dengan mystical island ini.

Ini lah feri yang kami naik, RM 15 tiket pergi balik.

Sesampainya kami di jeti pulau besar, ada sebuah van telah sedia menunggu. Rm2  satu kepala, akan bawa sehingga ke maqam sultan Ariffin. Tetapi kebetulan waktu kami sampai van tu dah penuh dan muzium tak jauh dari jeti, maka kami berjalan kaki sahaja ke muzium.

Dari luar muzium ini Nampak gah dengan binaan seperti gua. Makin teruja kami ingin masuk ke dalam.Tiba-tiba,

“ Eh tutup ke? Siap bermangga lagi.” Semua mula mempamerkan riak hampa.

“ Kenapa tutup? Kat sini tulis buka setiap hari . Huhu”

“ Jap, biar saya tanya mana-mana pakcik di sini” Kata-kata bella sedikit sebanyak berjaya menyuntik harapan baru.

“ Allah.. buka je dik, kena ketuk sikit pintu tu”

Haha. Rupanya pintu muzium berkunci sebab tak ramai orang datang, kebanyakan orang ke pulau besar untuk ke maqam. Bayangkan hanya kami berlima je kat dalam, memang muzium tu jadi kami punya. Siap dapat diskaun tiket lagi hehe.

Pulau Besar Melaka.

  Pulau ini mula didiami oleh orang laut, menjadi tempat persinggahan pedagang sebelum ke Melaka. Kebiasaanya mereka berhenti di sini untuk tunggu angin monsun  berhenti dan dapatkan bekalan air. Apa yang menjadikan pulau ini patut diketahui oleh kita semua ialah :

  •      Di sinilah munculnya islam di tanah melayu sebelum Melaka. Sultan Ariffin merupakan keturunan rasulullah melalui susur galur al hasan, telah bermimpi supaya menyebarkan Islam ke kepulauan Melayu. Maka baginda berlayar keluar daripada negara baginda ke kepulauan melayu. Pada waktu itu kepualauan melayu terdiri daripada tanah melayu, sumatera dan Riau. Namun takdir Allah, rombongan sultan Ariffin kehabisan bekalan air lalu berhenti di Pulau besar ini. Maka tersebarlah Islam ke tanah Melayu sehingga ke hari ini.
  •       . Pulau ini menjadi tempat orang islam bertahan setelah diserang oleh portugis di Melaka. Mereka berkumpul di pulau besar untuk menyusun kembali strategi mereka melawan portugis. Namun, kebanyakan mereka kembali ke tempat abadi di sini. Oleh sebab itu, banyak maqam di pulau ini. Ada maqam guru silat, maqam tok janggut, tok putih, tok kenali dan sultan ariffin sendiri.


Ibrah  

 Benarlah, berbeza sebuah perjalanan apabila diiringi rasa ingin tahu, rasa ingin mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang datang. Bezanya pada sebuah  kepuasan yang akhirnya membuatkan saya berfikir kembali.

Saya sedar kenapa ulamak besar dari negara luar datang melawat pulau ini. Ya jelas, apabila saya telusuri perjuangan mereka mengembangkan islam, pelbagai rasa yang muncul, saya termuhasabah sendiri.

“ Solihah, apa jasa kau pada Islam? Apa usaha kau dalam meneruskan perjuangan mereka? Susah apa yang kau rasa, tak sesusah mereka , terpaksa tinggalkan negeri sendiri, berperang dengan penjajah dan syahid bukan di negeri sendiri..malah maqam di negara orang lain..
 Lalu alasan apa yang kau cari ?  Mereka tak putus asa walau diserang musuh, sedangkan kau? Hanya gangguan-gangguan kecil yang datang..
Cukuplah.. cukuplah menghitung susah. Sedangkan ulamak dulu telah banyak membuka jalan dakwah ,memudahkan kita.. sehingga hari ini, kebanyakan kita lahir terus dapat title muslim.. Tugas kita menyambung dan meneruskan, agar dakwah itu bukan berhenti di tangan kita..”

Kedua, kenapa pulau ini digelar mystical island? Kerana pulau ini terdapat banyak maqam sehingga disalah ertikan oleh sebilangan masyarakat. Kebanyakan mereka ke sini untuk meminta hajat, berdoa bawak bunga bawak air. Budaya hindu masih hidup terutama dalam kalangan india muslim. Hatta ketika kami datang, masih ada yang tawarkan air suci katanya , dan di sekeliling maqam penuh dengan bunga.

Sepatutnya kita, pergi ke sana , melawat maqam, mendoakan mereka. Sebagai terima kasih kerana berusaha menyebarkan islam di sini. Cuba bayangkan, kalau mereka tidak keluar dari negara mereka,berlayar ,tempuh gelora ombak.. adakah kita sekarang bergelar muslim?
 Juga untuk kita ambil semangat supaya kita sedar perjuangan ini perlu diteruskan, supaya perjuangan ini tidak berhenti di jalan kita. Allah, terima kasih atas perjalanan ini.

Namun apa yang saya bangga dengan pentadbiran Melaka, Mereka telah melakukan pelbagai usaha dalam membendung khurafat ini, sehinggakan bila tiba waktu-waktu yang kritikal seperti malam jumaat, maulid nabi, mereka akan melakukan program seperti ceramah dan sebagainya bagi mengelakkan daripada orang melakukan khurafat. Malah di dalam muzium siap dikhaskan satu sudut info tentang khurafat di pulau ini. Semoga Allah membalas jasa mereka. 

Mango float royale melaka. Nangis minum huhu

Cukuplah perjalanan saya pada hari ini. Balik tu kami singgah lagi ke mango float berhantu tu. Serius best. Siapa yang pergi Melaka memang kena cuba. Oh lupa, kami pun sempat jugak pergi ke mee besen ori tu. Best dan murah hehe.

Apa pun saya pulang dengan semangat baru. Biarlah apa orang nak kata. Jalan ini perlukan sosok utuk menyambungnya. Saya rasa kita terlalu muda untuk menghukum. Sedangkan masih banyak sejarah yang kita perlu telusuri, hayati dan rasai. 

Mengejar dua kemenangan,
Kemenangan Dunia dan akhirat,
taqwa dan istiqamah.


Allah, sampaikanlah..

Terima kasih untuk semuanya :)

Tuesday, January 17, 2017

Duit dan keberkatan

bismillahirrahmanirrahim

seminggu yg lalu..

tiba-tiba kawan saya bagitahu yang dia telah dapat duit bantuan persediaan yayasan untuk ke degree.
saya yang teruja terus bertanya, macam mana proses untuk memohon.
katanya mudah sahaja, isi borang online dan hantar pada pejabat yayasan.

maka saya terus menyampaikan hasrat itu pada ummi..

"ummi, kawan alah mohon duit yayasan, duit bantuan persediaan ke universiti, RM 1,000."

"ohh.. bantuan tu utk yang ada masalah kewangan..  takpelah.. ummi mampu lagi untuk tanggung, bagi duit tu kat yang tak mampu la.."

Maka hasrat itu, saya lupakan begitu sahaja.. segala perbincangan kawan2 tentang duit yayasan itu tidak lagi saya ambil bahagian.. (anak solehah 🙈🙈)

Hari ini saya pergi ke bank muamalat, uruskan segala urusan.  Terjumpa rakan Universiti sama.

"dah mintak duit yayasan? " tanya dia.
" Tak.. "
" ohh.. duit maidam mintak tak? " sambungnya lagi.
" Tak jugak. " Jawab saya. Senyum.
" eh kenapa tak mintak..? duit yayasan dapat RM 1,000, duit maidam dapat RM 1,000..mudah je mintak ni, ni contoh borang "
"  ohh mudah eh.. nak buat macam mana?nak tengok borang "
saya mula berminat, sebelum ini saya tak pernah cari betul2 borang apa yang perlu isi.
borang itu diteliti..  em sempat ke ni..

" mak saya tak bagi mintak.. "ulas saya.

beberapa Mata yang ada di situ memandang saya, mungkin pelik mendengarkan sebab yang diberi.

" mintak lah.. sempat lagi, dia sama ada seminggu sebelum atau sebulan selepas " kawan saya memberi galakan.

hari tu saya pulang sambil dalam kepala duk mencari kat mana saya simpan sijil2 tu..  ya, saya nak mohon (hilang dah solehah tadi 😶)

sepulangnya saya..  saya khabarkan perbualan tadi kepada ummi.

" ummi, tadi jumpa kawan alah kat bank, dia tanya tak mintak ke duit yayasan.. pastu alah kata la tak.. dia tanya lg, duit maidam mintak tak..  alah kata tak jugak.. sebab mak sy tak bagi..  semua org kat situ terkejut bila dengar alah kata gitu.. hehe "

muqaddimah sebelum minta izin (eh masih solehah tahu 🙊🙊)

" haha..  takpelah.. biar la dia mintak.. duit tu utk bantu org lain "jawab ummi..

"  tapikan ummi, duit tu memang diperuntukkan untuk bantu pelajar, kalau kita tak minta, membazir jugak.. " saya mencuba.

" memang dia bagi kat semua pelajar yang mohon, tapi tujuan Asal bantuan tu disediakan untuk bantu pelajar yang ada masalah kewangan.. yang disebabkan kewangan dia tak cukup terpaksa tak daftar..

kita alhamdulillah dah cukup.. takpe, ummi nak infaq.. ummi dah niat nak infaq untuk alah belajar.

kita kena ingt satu benda, kita duk minta duit tu, kita nak buat apa sebenarnya?
Kita Jangan duk kejar sangat kat duit tu..  jgn lupa, dalam belajar ni KEBERKATAN kena jaga..

cuba bayangkan, disebabkan kita yang takde masalah ni minta duit tu, tiba-tiba yang ada masalah tak dapat duit. tak ke Kita menganiya haa orang lain?

Atau, okay katakanlah semua orang dapat duit tu, tapi kita ambil duit tu dalam keadaan Kita bukan golongan yang memerlukan bantuan, sebenarnya kita dah ambik bukan hak kita..
pastu kita guna duit tu utk belajar..

bila belajar ni, segala benda kita kena tgk, supaya ilmu yang Kita dapat tu berkat..
biar tak ada benda yang mengganggu keberkatan Kita dalam belajar..
kita nampak benda macam ni kecik  tapi hakikatnya kesan dia pada akan datang.

janganlah kita duk gila kat benda bukan hak kita..
ummi tak nak benda2 tu ganggu..  dan disebabkan tu jadi hijab untuk kita dapat ilmu "

saya terdiam.  Barulah saya faham kenapa keluarga saya tak pernah mohon bantuan persediaan tu, bukan sombong, tapi sebab tu bukan hak kami..
dan baru saya faham kenapa ummi betul2 tak bagi bila say kata nak isi Brim, sebab keberkatan itu sangat penting. Hati - hati dengan duit yang Kita guna, pastikan sumbernya :)

semoga tidak menzalimi orang lain. Terima kasih ummi atas pelajaran ini. Ummi banyak ajar saya tentang makna kehidupan yang sebenar.

Doakan saya jadi anak yang solehah :) 

Wallahu’alam 
Mendamba cinta-Nya. 

Saturday, January 14, 2017

Double Happiness Brownies

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari itu saya  dapat tahu tentang sejarah yang mungkin bakal diulang. Puas saya cuba menerima,tetapi rasa takut itu tetap ada. Rasa bimbang itu tetap ada. Rasa tak senang duduk.

Saya teringat ada yang berpesan, katanya " kita akan gembira bila kita tengok orang lain gembira..itulah nikmat yang Allah bagi kepada orang yang memberi-Rasa puas melihat yang menerima tersenyum."

Maka saya keluar ke kedai, dan beli bahan-bahan untuk buat brownies. Moga-moga dengan senyuman mereka yang menkmati brownies dapat menghilangkan rasa-rasa tersebut.

Disebabkan hari tu ramai yang minta kongsikan resepi,jadi saya saya kongsikan di sini untuk rujukan yang akan datang. Selamat mencuba :)

Double Happiness  Brownies

Bahan-bahan :

150 g buttercup
170 g coklat masakan (2 blok besar) - untuk cairkan
170 g coklat masakan (2 blok besar) -  potong kecik-kecik
3/4 cawan gula kastor / gula perang
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh estrak vanilla
3 biji telur
3/4 cawan tepung gandum

1. Mula-mula, cairkan 2 blok coklat masakan bersama butter guna teknik double boil.
2. Kacau sehingga kedua-duanya cair dan sebati,kemudian tutup api. Tapi biarkan mangkuk masih atas air tadi.
3. Masukkan gula , kacau sampai gula hancur. Kemudian barulah angkat mangkuk tersebut dari air yang panas tadi.
4. Masukkan telur satu persatu. Kemudian, masukkan  serbuk koko,garam,estrak vanilla dan tepung gandum. Kacau sampai sebati.
5. Akhir sekali ,masukkan coklat masakan yang telah dipotong kecik-kecik tadi. Tuang adunan ke dalam loyang.
6. Bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah. Klau nak tau dah masak,ambil garfu dan cucuk sikit.Kalau takde kek yang melekat pada garfu tu maksudnya dah masak.
7. Biarkan brownies sejuk, nanti dia akan berkedut sendiri huhu.. lepastu boleh la potong dan hidang.
8. Untuk hiasan, saya amik chocolate spread ummi atau pun nutella.🙈🙈
 Masukkan dalam piping bag dan lorek sesuka hati. Pastu jumpa strawberry beku kak nor dalam freezer,pinjam letak atas brownies jap.  😅😅


Inilah hasilnya ..nampak tak strawberry beku tu 😅😅


P/s : resepi asal saya cari kat youtube. Tapi yang ni versi yang dah diubah sesuka hati.. Nama pun main taruk je tu hehe.. semoga seronok untuk mencuba. Oh ye ,jgn risau..sebab semua yang makan brownies ni kata sedap dan tak sampai sehari pun dah habis. Jadi ,wajib try deh✨✨

Wallahu’alam
Mendamba cinta-Nya

Tuesday, January 3, 2017

Warkah hati buat hati



Pernah saat itu
Aku bergerak tanpa rasa
Bersumpah tanpa sedar
Namun demi secebis kefahaman
Dan amanah yang kian memberat
Satu - satu terbeban  di pundak
Aku terus, dan tetap melangkah
ke satu destinasi..
yang masih kelabu..

Allah.. ku rasa lelah..
lelah mencari cinta
yang dulunya meniti di bibir mereka
semuanya hanya retorik
lakonan kita - kita  yang tidak mengerti
tindakan  kita - kita yang tidak mengetahui kosong.. tanpa bimbingan yang jelas
lalu pengalaman itu, mengajar kita
sedikit itu, meneguhkan kita.

kini aku kembali
Berteduh di bawah langit yang sama
meski daerahnya,
mahupun penghuninya berbeza
tetapi masih diikat tali kesatuan yang serupa
kepercayaan, kefahaman, kasih sayang
mengubah satu persepsi
menjadi satu realiti..
serta memori yang paling indah.

Mereka mengajar aku tentang cinta

Cinta bukan sekadar soal memaafkan
Cinta bukan sekadar soal menerima apa adanya
cinta bukan hanya pada "uhibbukumfillah"
cinta adalah harga diri
cinta adalah rasionalitas sempurna
cinta adalah tindakan
hasil hati yang mencinta..

cinta ini membawa jiwa ,
kembali dekat pada pencipta . .
cinta ini saling melengkapi,
perbezaan yang mewarnai kita..
cinta ini mendidik diri,
dalam memberi kita menerima..
cinta ini mengajar aku
kebahagiaan dalam berkorban
dan..
cinta ini menyedarkan aku
kita bukan sekadar sahabat
tetapi kita Adik beradik..
terima kasih untuk cinta ini :')

tuhan,
hanya satu yang aku pinta,
jagakan mereka untukku..
kerna aku,  cintakan mereka kerana - Mu..

ikhlas,
adik beradikmu.

Dari Abu Karimah Al Miqdad bin Ma’dikariba dari Nabi SAW,beliau bersabda : Apabila seseorang mencintai saudaranya,hendaklah ia memberitahu bahwa ia mencintainya. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizzi)


Bintun Isa Rohana
030117