Followers

About Me

My photo
Cahaya yang baik- semoga menjadi hamba,anak dan pelajar yang solihah..juga prof.dr. yang solihah...in shaa Allah. Seek only to give and you will receive :)

Wednesday, May 20, 2015

Pulanglah hai hati..

Masa kian suntuk
Jalan pulang menanti setia
Namun lembah hati makin tandus
Hari ke hari
Kering dan kontang

Iman menyepi
Dek tewas dengan nafsu
Hati menyalahkan akal
Kewarasan kurang terpandu
Sunnah dan wahyu
Sedangkan rajanya adalah hati.

Hai hati
Kembalilah pada perananmu
Penentu mulia dan hinanya jasad
Bangkitlah bersama jiwa
Hidupkan ruh nyalakan obor keikhlasan
Kerna jalan itu semakin dekat
Persimpangan memisahkan dua alam

Dan lewati jalan itu
Dengan hati Sang Muqorrobin.

Duhai hati,
Aku mohon.
Biiznillah.

Bintun Isa Rohana
190515

Friday, February 13, 2015

INTROSPEKSI




Hari demi hari
Kaki terasa berat melangkah
Jalan seakan menyempit
Hati meretak serapuh kaca
Sedu sedan tangisan
Membanjiri selekoh kehidupan
Hitam kelabu mewarnai landskap hidup

Di ruang kaca
Angin resah menerbangkan bayang-bayang rapuh
Ke sempadan perjalanan
Suatu bayangan dipenuhi kelompongan
Tercampak ke lembah introspeksi

Hati ini
Hubbu dunya bermaharajalela
Hasad kesumat berbunga mekar
Bagai disiram baja setiap detik.
Tangan ini
Masih menggenggam kemungkaran
Seakan boneka digerakkan arahan
Tanpa pengertian.
Lidah ini
Terlalu lantang
Bagai kacang yang terus lupakan kulit
Hakikat penciptaannya lembik

Di leher ini
Masih terlilit hujah dan prasangka
Menjerut hingga membunuh
Mengekang keikhlasan
Di Bahu ini
Bersusun amanah digalas
Adakah dunia menanti kehancuran
Dek bahu ini yang bukan ahli?

Dan hakikatnya diri ini
Ego menggunung
Keakuan membukit
Apakah selayaknya title
Hafizah itu aku?
Daie itu aku?
Khalifah itu aku?

Tuhan,pasungkanlah darah pesonaku dari menjelajahi dunia cemar
Penuhkanlah hati ini dengan keikhlasan dan ihsan
Hentikanlah mulut berahiku dari nista dan dusta
Bersihkanlah jiwa dari kotoran daki melekat
Runtuhkan bangunan ego yang membangun pesat
Kerna detik kesombongan telah meleburkan
Tulang penyatuan
Semaikan benih-benih cinta pada-Mu
Dengan rahman dan rahim-Mu

Aku bersyahadah menggugurkan kecintaan pada kepalsuan
Melunas amanah itu
Dengan segenap kudrat yang dikurniakan
Berbekalkan jiwa kaca tahan haba fitnah
Raga besi kalis peluru tohmahan
Kerna hafizah itu aku
Daie itu aku
Khalifah itu aku
Biiznillah.

Tuhan saksikanlah syahadat sang hamba
Di pintu keterasingan
Segalanya bermula detik ini

3.30 pm
10/2/2015

KU PILIH JALAN INI

Bismillahirrahmanirrahim.


Masih ku ingat dulu
Saat nyanyian lagu tiga kupang menjadi siulan
Rambut hitam masih bertocang
Sosokmu sentiasa menghilang
Keringatmu mengalir buat ummat
Kakimu biru membengkak kerana sejagat
Al wajibat aksaru minal awqat
Islah nafsak wad'u ghairak

Dan daftar permainan berhenti berputar
Sakaratul maut mengunyah
Jalan pulang terbenam di pintu rahsia
Tanpa pamit
Kau tersenyum puas dalam balutan putih
Sang khalifah mengadap tuhan

Kini ku mengerti mutiara lafzimu
Apa yang tersembunyi di sebalik pesanan
"Man qola lailahaillallah fahuwa daie"
Nas dan dalil meluncur
Bagai papan jalur terlepas dari ikatan
Pemuda bangkit berhamasah jitu
Darah merah mendidih bernafas baru
Menegakkan makruf memburu mungkar

Jalan dakwah ini bukanlah opera
Memaparkan keindahan menjanjikan kemanisan
Bahkan bukan lakonan
Fantasi si jenin dalam khayalan
Memukau menyihir penonton
Jalan ini jalan para utusan
Menyampaikan risalah tuhan
Berbunga pedih bersulam payah
Terhempap bongkah memberat pundak

Dan aku
Menunggang kuda yang sama
Mengusung panji hingga ke alam bersamamu
Biar tersungkur menyembah bumi
Menjejak senyuman di bawah tanah
Menyingkap seuntai rindu bersimpul kasih
Harapan aku berfokus padu
Redha-Nya bertaut
Buatmu,buatku..buat kita
Jalan ini ku pilih
Hadiah buatmu ayah

bintun Isa Rohana
5.50 am

7/2/15

Puisi ini didedikasikan buat abah tercinta, Isa bin Mohamad
14/12/1958 - 20/05/2001


Monday, October 6, 2014

Warkah Untuk Kamu

Bismillahirrahmanirrahim..

Sembilan hari,
Mencari diri,
Memujuk hati.
Ku temui satu konklusi..
Dinukilkan menjadi satu warkah..

Untuk dapatkan sesuatu,
Kita kena korbankan sesuatu..
Apa di mata mereka,
Tapislah.
Ambil yang benar..
Kerana mereka juga manusia
Seperti kita.

Mungkin kau nampak aku makin berbeza.
Menyendiri itu satu penderitaan.
Namun,kadang kebersamaan itu tak kalah buruknya..
Bantu aku.
Kuatkan aku.

Nasihati aku kala kita berdua.
Beranikan diri,
Luahkan yang terbuku di hati.
Teguran itu akan indah,
Bila didasari dengan iman
Dan niat lillahi taala
Aku sangat hargai teguranmu,
Jika itu persisnya.

Wallhua'lam.
Mendamba cinta-Nya

Thursday, July 31, 2014

Cerita Syawal ^^

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam lebaran dan selamat kembali kepada fitrah.Cuma yang sedikit berbeza,fitrah yang lebih baik; fitrah yang telah melalui proses tarbiyyah. in shaa Allah.

"...dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan ) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur "

Al-Baqarah ayat 185

Ya, bersyukur. Pada saya,seringkali tibanya syawal,saya akan rasakan "ok,tahun ini hampir sampai ke penghujung,alhamdulillah aku telah melalui satu tahun" dan akan terus menanti ke syawal yang seterusnya.
Maka,boleh saya katakan pada saya,syawal bulan muhasabah. Pandangan peribadi,syawal dianggap bulan muhasabah kerana ;

Pertama,kita akan tengok balik,setiap amalan baik yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan,adakah terus konsistan sehingga syawal? Al-Quran yang dibaca satu juzuk satu hari,adakah selepas Ramadhan momentum masih sama? Sedekah,rasa ingin berkongsi..bagaimana pula dengan hati yang sentiasa cuba dekat padaNya? masih samakah? sila..sila tepuk dada dan sedarkan diri,wahai matahari Islam..

Kedua,pada hari raya inilah kebiasaannya akan berkumpul sekeluarga,saudara mara yang jauh-jauh,jarang jumpa semua akan pulang ke kampung halaman,meraikan hari bahagia bersama.Maka pada hari itu,kita akan melihat kembali,saudara mara,makcik pakcik,sepupu sepapat,macam-macam terlintas di fikiran ;
"owh dia dah macam ni..makin kurus.."
"eh..dia dah besar..makin matang.."
"dulu,aku selalu gaduh dengan dia ni.."
Saat itu,saya rasakan..ya Allah,sekejapnya masa berlalu.Banyak masa yang diberikan,tetapi kita tidak sedar,adakah masa itu digunakan sebaiknya,apa yang telah saya lakukan pada saat diberikan nikmat masa itu.ruginya saya,jika terus terleka lagi..ya,persoalan itu terus bermain-main di fikiran..

Ketiga,menjadi rutin kami pada hari raya menziarahi pak long dan mak long di kebun.pak long dan mak long bukanlah mempunyai talian darah,tetapi mereka lah yang menolong kami tengok-tengokkan kebun.Keadaan mereka tidaklah senang,tetapi bibir mereka senang mengukir senyuman.Dan satu lagi yang saya kagum,mereka pemurah,setiap kali pulang dari rumah mereka,tangan tidak pernah kosong.Melihatkan keadaan mereka,saya teringat pada satu cerita ;

Si miskin dan Si kaya

Suatu hari,seorang misikin datang berjumpa dengan orang soleh. Mengadu kepada orang soleh itu, dia miskin,dia banyak kekurangan.Makan tak cukup,susah nak hidup. Maka kata dia pada orang soleh itu, "Doakanlah supaya aku kaya"
Orang soleh itu menjawab, "kalau engkau mahu jadi kaya,bersyukurlah.."
Si miskin itu jawab lagi , "Macam mana aku nak bersyukur? Atas apa yang akan aku syukurkan?Memang tiada guna jumpa kau !!"

Sepulangnya si miskin,datang pula orang kaya bertemu dengan orang soleh itu.Si kaya juga mengadu.katanya,Dia kaya,serba cukup.Tetapi masanya terbahagi untuk mengurus harta,amanah Allah.Kadang-kadang hidupnya tak tenang memikirkan amanah.Susah nak hidup.Maka si kaya itu berkata pada orang soleh itu " Doakanlah supaya aku miskin.."
Orang soleh itu menjawab "jika kau mahu miskin,maka kufurlah.."
Si kaya menjawab "macam mana aku nak kufur?atas apa akan aku kufurkan?sedang nikmat Allah sangat banyak untukku! memang tiada guna aku jumpa kau!!"

Maka kehidupan diteruskan. Dan yang mengejutkan ialah,yang miskin makin miskin..dan yang kaya makin kaya..

Pengajarannya ialah..sepatutnya si miskin itu lebih banyak memberi dan terus bersyukur seadanya..syukur itu dalam pelbagai cara..dan nikmat,rahmat Allah dalam pelbagai versi.kita kadang-kadang tidak sedar bahawa itu sebenarnya rahmat dan nikmat bagi kita..
Sesungguhnya aturan Allah itu yang terbaik..

Sekian sahaja,buat kali ini..semoga raya kali ini terus diberkati,dan kita diberi kekuatan untuk terus istiqamah.sentiasa muhasabah diri bersama.

Taqabbalallahu minna wa minkum,siyamana wa siyamakum ^^

 wallahu a'lam.
Mendamba cinta-Nya

Friday, July 25, 2014

KAWAN KE LAWAN?

Bismillahirrahmanirrahim..

Sepanjang Ramadhan ini,seperti sebuah cerita yang disusun,seorang sahabat mengadu mengenai salah faham yang berlaku dengan sahabatnya.Dua hari selepas tu,saya juga mendengar kes yang sama.Setelah beberapa kali didedahkan dengan kes yang sama,hati tergerak untuk berkongsi di laman ini.Biasa,dalam persahabatan ada masa berlaku beberapa salah faham
.Kadang-kadang diri sendiri tertanya-tanya,
 "kenapa aku yang dipilih-Nya untuk menjadi sebagai orang yang bertanggungjawab dalam kes2 tersebut?"

Tetiba saya tersedar pada satu hakikat,hakikat yang bahawa masalah itu juga merujuk kepada diri sendiri,kembali pada batang tubuh sendiri.Hebat aturan Allah,teguran-Nya melalui pelbagai cara.

Sepanjang minggu tersebut kisah Hatib R.A,sahabat baginda rasulullah S.A.W bermain-main dalam fikiran,diulang-ulang bagaikan sebuah hikayat yang dihafal.

Hatib R.A merupakan sahabat baginda yang sentiasa bersama baginda.Beliau menyertai setiap peperangan bersama baginda termasuklah peperangan Badar Al-Kubra.
Apabila seruan hijrah ke Madinah sampai,Hatib R.A menyahut seruan itu,walaupun beliau terpaksa meninggalkan keluarga beliau di Makkah.
Pada saat Rasulullah rasakan sudah tiba masa untuk kembali ke Makkah,Rasulullah memang merahsiakan tentang rancangan itu.Tetapi Hatib R.A seakan dapat mengetahui rancangan baginda mula merasakan bimbang akan keadaan keluarganya di Makkah.
Atas rasa tanggungjawab dan sayang pada keluarga,Hatib R.A menulis sepucuk surat kepada keluarganya dan diutus melalui seorang wanita.
Allah S.W.T memberi ilham kepada Rasulullah S.A.W bahawa  ada seorang wanita sedang membawa surat tersebut.Lalu baginda mengutus saidina Umar untuk menahan wanita itu.
Setelah wanita tersebut diugut,terbongkarlah bahawa pengutus surat tersebut merupakan Hatib R.A.
Maka,beliau dipanggil mengadap Rasulullah S.A.W.
Setelah mendengar penerangan beliau,baginda memaafkan beliau..namun,tidak dipersetujui saidina Umar.Saidina Umar meminta izin untuk memenggal leher beliau.
tetapi apa jawapan baginda, "jangan,kerana beliau ahli badar"

Pengajaran, kita hendaklah bezakan antara kawan dan lawan. kawan kita yang selama ini sangat baik,sentiasa menyokong kita,bersama susah dan senang.
tapi,mungkin ada satu hari tu,dia khilaf,buat kesilapan yang mengguris hati,membuatkan kita terasa,jauh hati..
maafkanlah..
jangan disebabkan satu khilaf,kita lupa semua kebaikan dia,semua kenangan manis bersama.Sedangkan Rasulullah S.A.W memaafkan Hatib R.A,sahabat baginda yang sentiasa bersama menyokong perjuangan baginda walaupun kesilapan yang dilakukan sangat besar iaitu membocorkan rahsia negara.
 saat kita terasa dengan sahabat,ingatlah.."kalau aku boleh terasa macam ni,maknanya dia juga pernah terasa macam ni."

Dan,mungkin hikmah daripada semua ini juga,saya belajar satu perkara.
Saya berpegang pada satu prinsip : apabila sebuah persahabatan dibina atas dasar keimanan kerana Allah,maka kita akan terima semua baik dan buruk sahabat kita.
Dan saat kita berkecil hati dengan sahabat,rasa itu sekejap sahaja,selepas itu akan hilang,larut bersama masa sebab kita terima dia sepenuhnya.
tetapi,,prinsip ini rupanya perlu diubah sedikit. Senior tegur,katanya kalau saya terus dengan prinsip ini,maka tahap ukhuwah saya dengan sahabat akan sentiasa pada tahap salamatus sodr sahaja.
katanya lagi,salamatus sodr dan sabar ada tahapnya. Ya.memang kita terima baik dan buruk sahabat,tetapi dalam masa yang sama kita nak dia sentiasa berubah ke arah yang baik.Maksudnya,buruk yang ada pada dia,yang mungkin dia tak tau,maka peranan kita sebagai sahabat untuk bimbing dia jauh dari sifat buruk tersebut.
jadi,prinsip yang baru : kita terima dan improve :) sentiasa cuba untuk tegur (I'm trying) jika ada sahabat kita buat salah.Dan yang mengur serta yang ditegur hendaklah sentiasa tajdid niat lillahi taala..in shaa Allah berusaha ke arah tahap ukhuwwah yang paling tinggi; ithar..

Persahabatan yang ke syurga akan manis saat dibina atas dasar keimanan dengan tujuan mencapai redha Nya.
jika benar cinta dan sayang,kita ingin sahabat kita bersama-sama berpimpinan ke syurgaNya..In shaa Allah
 ^^
wallahua'lam
mendamba cinta-Nya

Saturday, July 12, 2014

Rahmat Allah Mengajar Kita Untuk Percaya

bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.Alhamdulillah,Allah masih berikan kesempatan pada kita untuk terus menikmati nikmat puasa pada Ramadhan kali ini.Nikmat nyawa yang Allah berikan,untuk menguji sama ada kita tergolong dalam kalangan yang bersyukur atau kufur.

"Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada waktu siang hari.Kemudian,Dia membangunkan kamu pada waktu siang untuk disempurnakan umurmu yang telah ditentukan.Kemudian pada Allahlah kamu kembali,lalu Dia memberitahu kamu apa yang telah kamu kerjakan"
Al An'am ayat 60

Bulan Ramadhan sering dilaung-laungkan dengan madrasah tarbiyyah yang ijazahnya taqwa.Maka seiring dengan tingginya ijazah yang bakal diperoleh,maka ujian yang dihadapi tidak kurang juga hebatnya.
Alhamdulillah,pengajian saya sudah masuk ke semester dua bererti sudah 6 bulan lebih diri ini berusaha menjadi penjunjung kalamNya. Alhamdulillah juga Allah memudahkan perjalanan sepanjang semester satu.

 Namun,seperti yang kita sedia maklum,setiap yang beriman tidak terlepas dari diuji.Allah uji untuk semester dua,susah untuk menghafal.Kadang-kadang satu jam belum tentu dapat hafal satu muka surat.Lagi,saya diuji pada bulan mulia ini.Pada saat semua yang lain 'memecut' tasmik banyak-banyak memandangkan ini bulan Ramadhan,saya hanya mampu tasmik satu maqra' dan kadang2 dua maqra'.

Sedih,hilang harapan dan punca.Saya cuba mengadu pada rakan-rakan,namun tiada yang percaya.Semua telah meletakkan saya pada golongan 'laju' maka mana mungkin saya ada masalah.Seolah-seolah lupa bahawa saya juga manusia yang akan sentiasa diuji.
Inisiatif kedua diambil,cuba mengasingkan diri,sorang-sorang di dalam bilik (kebetulan roommate cuti 5 hari) dan terus menghafal.Aturan Allah sangat hebat,saya diuji pula dengan mengantuk dan pening.Setiap kali diri ingin fokus,kepala terasa berat dan mengantuk.Sekali lagi,saya terus putus harapan.mood yang sentiasa sedih.

Sehingga,suatu hari diri tersedar.Ya,Allah uji dengan ujian,supaya saya kembali dekat padaNya.Sepatutnya,apabila diuji Dia yang pertama dicari,bukanlah makhlukNya.Sebagai wasilah,seorang senior menyedarkan saya.Sepotong ayat "Rahmat Allah mengajar kita untuk percaya" membuat saya tersedar. saat menerima ujian,kita sepatutnya percaya dengan rahmatNya,bahawa setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

"again,it's a signal that Allah want you to know,you have come to the time where you need to realise the real meaning of confidence to talk to Allah. Talk to Him. Like you talk with your best friend ever. Talk to Him like you're a child"

"dan Allah menyuruh kita untuk meminta padaNya dengan rasa takut dan harap.Takut disebut dulu-takutlah jika kamu tidak berusaha tetapi kamu meminta kepada-Nya. dan berharaplah kepada rahmat Nya sentiasa. kita tidak akan mendapat apa-apa tanpa rahmat Allah..."

"apabila Allah,tuhan seluruh alam ini menggalaskan sesuatu ke atasmu sesuatu,yakinlah itu adalah kepercayaan yang datang daripada Dia.Rendahkanlah dirimu, dengarlah, kerana kamu telah mendapat kepercayaan daripada pencipta seluruh alam.Maha Suci Allah. Dia mempercayai kamu bahawa kamu melakukan hal itu dengan tenang dan terbaik."

kepercayaan biasa ialah percaya selepas melihat sesuatu.kepercayaan yang tiada nilai iman.seperti penguji kaji dalam makmal yang percaya kepada teorinya apabila uji kajinya berhasil.
 Namun,kepercayaan yang tinggi ialah percaya sebelum melihat,dan kita bekerja keras untuk melihat apa yang kita percaya.

Percayalah..setiap aturan Allah yang terbaik untuk hambaNya..dan setiap yang berlaku pasti ada hikmah.
Rahmat Allah mengajar kita untuk terus,terus dan terus percaya :')

credit to her,ustz hasrizal,transformasi ramadhan ^^

wallahua'lam.
Mendamba cinta-Nya.