bismillahirrahmanirrahim
seminggu yg lalu..
tiba-tiba kawan saya bagitahu yang dia telah dapat duit bantuan persediaan yayasan untuk ke degree.
saya yang teruja terus bertanya, macam mana proses untuk memohon.
katanya mudah sahaja, isi borang online dan hantar pada pejabat yayasan.
maka saya terus menyampaikan hasrat itu pada ummi..
"ummi, kawan alah mohon duit yayasan, duit bantuan persediaan ke universiti, RM 1,000."
"ohh.. bantuan tu utk yang ada masalah kewangan.. takpelah.. ummi mampu lagi untuk tanggung, bagi duit tu kat yang tak mampu la.."
Maka hasrat itu, saya lupakan begitu sahaja.. segala perbincangan kawan2 tentang duit yayasan itu tidak lagi saya ambil bahagian.. (anak solehah 🙈🙈)
Hari ini saya pergi ke bank muamalat, uruskan segala urusan. Terjumpa rakan Universiti sama.
"dah mintak duit yayasan? " tanya dia.
" Tak.. "
" ohh.. duit maidam mintak tak? " sambungnya lagi.
" Tak jugak. " Jawab saya. Senyum.
" eh kenapa tak mintak..? duit yayasan dapat RM 1,000, duit maidam dapat RM 1,000..mudah je mintak ni, ni contoh borang "
" ohh mudah eh.. nak buat macam mana?nak tengok borang "
saya mula berminat, sebelum ini saya tak pernah cari betul2 borang apa yang perlu isi.
borang itu diteliti.. em sempat ke ni..
" mak saya tak bagi mintak.. "ulas saya.
beberapa Mata yang ada di situ memandang saya, mungkin pelik mendengarkan sebab yang diberi.
" mintak lah.. sempat lagi, dia sama ada seminggu sebelum atau sebulan selepas " kawan saya memberi galakan.
hari tu saya pulang sambil dalam kepala duk mencari kat mana saya simpan sijil2 tu.. ya, saya nak mohon (hilang dah solehah tadi 😶)
sepulangnya saya.. saya khabarkan perbualan tadi kepada ummi.
" ummi, tadi jumpa kawan alah kat bank, dia tanya tak mintak ke duit yayasan.. pastu alah kata la tak.. dia tanya lg, duit maidam mintak tak.. alah kata tak jugak.. sebab mak sy tak bagi.. semua org kat situ terkejut bila dengar alah kata gitu.. hehe "
muqaddimah sebelum minta izin (eh masih solehah tahu 🙊🙊)
" haha.. takpelah.. biar la dia mintak.. duit tu utk bantu org lain "jawab ummi..
" tapikan ummi, duit tu memang diperuntukkan untuk bantu pelajar, kalau kita tak minta, membazir jugak.. " saya mencuba.
" memang dia bagi kat semua pelajar yang mohon, tapi tujuan Asal bantuan tu disediakan untuk bantu pelajar yang ada masalah kewangan.. yang disebabkan kewangan dia tak cukup terpaksa tak daftar..
kita alhamdulillah dah cukup.. takpe, ummi nak infaq.. ummi dah niat nak infaq untuk alah belajar.
kita kena ingt satu benda, kita duk minta duit tu, kita nak buat apa sebenarnya?
Kita Jangan duk kejar sangat kat duit tu.. jgn lupa, dalam belajar ni KEBERKATAN kena jaga..
cuba bayangkan, disebabkan kita yang takde masalah ni minta duit tu, tiba-tiba yang ada masalah tak dapat duit. tak ke Kita menganiya haa orang lain?
Atau, okay katakanlah semua orang dapat duit tu, tapi kita ambil duit tu dalam keadaan Kita bukan golongan yang memerlukan bantuan, sebenarnya kita dah ambik bukan hak kita..
pastu kita guna duit tu utk belajar..
bila belajar ni, segala benda kita kena tgk, supaya ilmu yang Kita dapat tu berkat..
biar tak ada benda yang mengganggu keberkatan Kita dalam belajar..
kita nampak benda macam ni kecik tapi hakikatnya kesan dia pada akan datang.
janganlah kita duk gila kat benda bukan hak kita..
ummi tak nak benda2 tu ganggu.. dan disebabkan tu jadi hijab untuk kita dapat ilmu "
saya terdiam. Barulah saya faham kenapa keluarga saya tak pernah mohon bantuan persediaan tu, bukan sombong, tapi sebab tu bukan hak kami..
dan baru saya faham kenapa ummi betul2 tak bagi bila say kata nak isi Brim, sebab keberkatan itu sangat penting. Hati - hati dengan duit yang Kita guna, pastikan sumbernya :)
semoga tidak menzalimi orang lain. Terima kasih ummi atas pelajaran ini. Ummi banyak ajar saya tentang makna kehidupan yang sebenar.

Doakan saya jadi anak yang solehah :)
Wallahu’alam
Mendamba cinta-Nya.