bismillahirrahmanirrahim....
hari ini aku cuti...bermulalah kisah cuti lepas ni sebab hari khamis baru ni merupakan hari terakhir persekolahan bagi sesi 2009.dan hari khamis tu aku dapat result akhir tahun....pada mulanye ikutkan kami tak tahu bila dapat nombor sebab cikgu kelas aku cakap tu bukan kerja dia n tu kerja cikgu kat unit peperiksaan...oleh kerana tak sabar nak tahu nombor aku n siti hajar pergi berjumpa dengan cikgu awie n cakap "cikgu boleh tak saya nak nombor kelas 1m1?" pastu cikgu tu cakap kejap ek saya nak wat yang 1a4 dulu.... jadi aku dapat la nombor kelas.... dan alhamdulillah aku berjaya mendapat nombor 1... dan saingan aku syafiq, dapat nombor 3... masa aku mintak nombor tu mak dia a.k.a ustzh haslina datang dan tanya anak dia dapat nombor berapa...dan bila mak dia tahu dia dapat nombor 3,mak dia cakap "dia duk tukar dua oran tulah... solihah pun tak nak bagi dah kat orang lain nombor 1..."aik?? aku pulak yang kena...and 1 more aku dilantik menjadi pengawas.. alhamdulillah...oklah sebelum aku duk melalut panjang lagi... nilah result aku...
bm:87 i'dadi: tafsir:99
bi:82 sirah:98
sn:77 tauhid:100
mt:93 feqah:100
ba:97 hadis:100
pi:94 quran:100
sej:87 keseluruhan:99
kh:83
geo:70
sivik:80
and keseluruhannya aku dapat 9a 2b..oklah sampai di sini sahja.. buat kawan2 ku selamat bercuti..manfaatkan cuti ni dengan benda yang berfaedah...jangan duk buat tahi mata je...
k..till next post..
Friday, November 20, 2009
Monday, November 16, 2009
sooo happy
bismillahirrahmanirrahim....
hari ni aku happy sangat.first sebab periksa dah habis (tu pun nak happy..) dan sebab aku dah tahu result aku.alahmdulillah aku berjaya mendapat 7a 2b.dan yang b nye ialah sains and geografi.Gografi aku tak pernah dapat a.yelah aku paling lemah tengok peta.aku hairan macam mana lah orang boleh score a geog.tapi aku tetap bersyukur sebab aku tak dapat c.sains pulak boleh di katakan tak de sorang pun yang dapat a.dan aku memang tak score a pun sains sebab kertas 1 sains susah lah jugak.masa aku tahu aku dapat a sejarah ya allah masa tu hanya allah yang tahu betapa gembiranya aku.rasa nak sujud syukur pun ada.bi pun aku dapat a.sepanjang tahun ni, nilah kali pertama aku dapat a bi dan aku jugak happy sebab aku dah boleh potong kawan aku yang sorang tu.kelmarin kat sekolah ada jamuan tingkatan dan jamuan faraid.kenyang sampai kat rumah.letih duk bergambar kelmarin.kelmarin jugak aku pergi interview pengawas.mula2 ingatkan dah tak nak isi borang sebab orang cakap borang dah habis.tapi bile cikgu kelas marah sebab kelas aku takde sorang pun yang isi, aku dengan kawan2 aku pun isi jelah.tak sangka pulak ada interview.masa nak interniew tu pulak kebetulan kelas aku kena cikgu yang aku takut lah jugak.pastu bila aku tengok budak laki kelas aku sorang2 lama kena interview,lagi lah aku takut.lepas tu kawan aku yang mule2 kena interview tu cakap bagi salam dulu lepas tu kena tunggu cikgu cakap duduk baru boleh duduk.masa aku masuk tu aku bagi lah salam kat cikgu pastu lepas cikgu jawab salam ckigu tu terus cakap "duduk!" ya allah masa tu tersentak aku.dan cikgu tu tanya aku "kenapa macam takut je?cikgu tak pernah lagi makan orang terkam orang pun tak pernah"dan aku di suruh perkenalkan diri dan banyak lagi lah aku kena tanya.kawan aku cakap aku kena interview tak sampai lima minit pun berbanding dengan budak lelaki sorang2 lama lah jugak.dan alhamdulillah aku boleh jawab sume soalan yang cikgu tu tanya.tinggal tunggu keputusan jelah.kalau baoleh jadi takpe kalau tak boleh pun takpe.oklah sampai disini sahaja kali in.....
till next post....
till next post....
Subscribe to:
Posts (Atom)