“Kak sol, nah!”
Saya berpaling, jelas terlihat seorang gadis bersama dua
batang ais krim, tersengih sambil menghulurkan salah satu ais krim kepada saya.
Lagi dua orang berdiri sedikit ke belakang, masing-masing bersama ais krim.
Hari ini kami berempat keluar mencari hadiah untuk senior kami yang bakal
mengadakan majlis walimahnya esok.
“Jom kita duduk kat meja tu” Ujar Hasanah. Masing- masing
bersetuju tanpa berfikir panjang, semuanya keletihan ulang alik mencari kotak
hadiah. Haha. Sedang kami menikmati ais krim, tiba-tiba kami disapa oleh
seorang gadis berbangsa asing yang boleh bercakap melayu. Katanya nak pinjam
satu minit, kami hanya mengangguk.
“Korang umur berapa ni?”
“lebih kurang 21” Hasanah yang paling dekat dengannya tolong
jawab bagi pihak kami.
“ohh semua 21? You rasa I umur berapa?”
“20 kot” kini Aina pula bersuara.
“I sebenarnya umur 15, nak tengok IC?” Jawabnya sambil
tertawa kecil. Kami pandang sesama sendiri dengan riak tidak percaya.
“Taklah I sebenarnya umur
32, tak percaya kan? Okay macam ni, I datang sebagai wakil rumah kebajikan
golongan kurang upaya untuk pelbagai bangsa. Kami perlukan bantuan untuk tampung keperluan harian mereka…Jadi
you pun boleh kalau nak menyumbang. Oh ya sebenarnya I umur 23” Jelasnya sambil
menunjukkan gambar rumah kebajikan tersebut.
“Eh you kenapa makan cepat-cepat?, eh you kenapa pandang I
macam tu?” diselangi gurauan yang menimbulkan suasana agak janggal.
Saya menarik beg, dompet dibuka, lantas not kertas dikeluarkan.
Sejurus sahaja gadis itu pergi, Hasanah mula meluahkan ketidak puasan hatinya.
Lagi mengejutkan saya rupa-rupanya gadis tadi merokok. Jujur, ada keraguan
dalam hati sewaktu ingin memberi. “Betul ke dia wakil rumah kebajikan? Wujud ke
rumah tu? Nampak macam tipu, waktu bagitau umur pun asyik berdalih je” Lalu dibiarkan
sahaja segala persoalan tanpa jawapan. Cukuplah kita niat sedekah, in shaa
Allah ada pahala di sisi-Nya. Pasti ada hikmah. Yakin dengan tu. Saya cuba meneutralkan
diri sendiri. Segala rungutan dan bebelan mereka hanya dibalas dengan senyuman.
Hakikatnya saya juga masih
mencuba untuk melawan diri :’) Percaya pada ganjaran sedekah, Solihah!
“ Assalamualaikum Solihah. Lama ustaz tak nampak
Solihah”
Mesej daripada seorang ustaz dibuka. Saya mula mengenali
ustaz sewaktu semester 1, semuanya disebabkan saya tertinggal telefon di dalam
kereta ustaz. Kesannya sampai sekarang ustaz masih ingat saya.
“Waalaikumussalam. Saya baru nampak ustaz hari tu”
“ Solihah, nanti ambil subjek **h**** ya”
“Saya dah add hari tu, tapi tak dapat. Dah penuh ustaz”
“Bagi nombor matrik, Ustaz tolong”
Allahuakbar. Mimpi apa ustaz tiba-tiba mesej saya dan menawarkan
bantuan untuk tolong. Sedangkan sepanjang semester ini, ini kali pertama ustaz
mesej saya. Saya terdiam. Hanya satu yang bermain di fikiran. Siapa yang maha
menggerakkan hati? Apa yang Allah nak ajar saya hari ni?
Setelah tiba di asrama, saya bergegas bersiap untuk ke
masjid. Hari ni pakcik Bad ada mengagihkan makanan percuma kepada semua
pelajar. Moga Allah merahmati Pak cik dan keluarga, dimurahkan rezeki dan
dikurniakan kesihatan yang baik. Ameen
Perjalanan asrama ke
masjid mengambil masa yang agak lama. Kebetulan hari ni pagar belakang buka,
boleh lalu jalan belakang. Saya membuka satu persatu group whatsapp yang tak
sempat dibaca, alang-alang berjalan ni kena gunakan masa dengan baik. (acah)
“Solihah!”
Saya angkat kepala. Terlalu khusyuk membaca , tak perasan
orang sekeliling. Dari jauh ustazah yang pernah mengajar sewaktu cfs dulu
melambai. Subhanallah.. dah lama tak nampak ustazah, boleh jumpa hari ni. Ustazah
merupakan pelajar luar negara yang mengambil master di sini, sewaktu ustazah
mengajar kami lagi ustazah dah mula mengambil master.
Kami berjalan beriringan ke masjid. Masing-masing mula
mengupdate perkembangan diri masing-masing. Seperti sahabat yang sudah lama
tidak bertemu, jalan yang jauh tadi terasa dekat.
“Sebenarnya hari tu ustazah dah rasa nak give up dari buat
master”
Langkah kami terhenti. Wajah ustazah dipandang, tidak
percaya. Ustazah yang saya kenal sangat kuat orangnya. Sentiasa dengan
kata-kata semangat dan satu yang semua orang akui , ustazah sangat pemurah.
Malah ustazah sanggup korbankan masa rehat untuk dengar masalah kami.
“Kenapa ustazah? Lagi sikit je ustazah nak habis”
“ Sebab ustazah tak sempat. Kadang-kadang balik malam dah
penat, terus tidur. Esok kerja lagi. Tapi alhamdulillah Allah permudahkan.
Ustazah diberi supervisor yang sangat membantu. Pensyarah lain pun banyak
tolong”
“ohh ustazah kerja lagi?”
Ustazah senyum. “ Ustazah self sponsored, yuran satu semester
sahaja RM 5000. Ustazah buat home tutor tapi tu pun satu bulan paling banyak
boleh dapat dalam RM 800. Ustazah sebenarnya untuk makan ustazah tak risau. In
shaa Allah boleh tanggung. Cuma untuk yuran tu, sebab tu ustazah kerja lagi ”
“Allahu..Macam mana ustazah bayar yuran setiap semester?”
“ Solihah, satu yang ustazah pegang.. Yakinlah Allah tak
pernah biarkan mereka yang betul-betul menuntut ilmu macam tu je. Pasti ada
rezeki di mana-mana. Tugas kita berusaha dengan setiap kudrat yang kita ada dan
berserah pada Dia. Ustazah pernah satu sem tu, ustazah dah tak tahu macam mana
nak bayar yuran. Ada lagi RM3000 tertunggak. Ustazah dah kerja, gaji semua dah
bayar. Tiba-tiba ada orang arab dia tengah cari pelajar yang ada hutang dan dia
bayar semua yuran yang tertunggak. Setiap semester ada je rezeki yang Allah
bagi walaupun pada mulanya ustazah sendiri risau macam mana ustazah nak bayar
semua ni.” Dengan linangan air mata ustazah bercerita.
“Betul.. yang penting kita sendiri kena usaha
kan..”
“Haah, usaha sampai kita rasa kita sendiri tak tahu dah nak
usaha macam mana, saat tu pertolongan yang tak disangka-sangka datang. Satu
lagi, jangan berhenti memberi. Memberi tak semestinya waktu kita kaya, tak
semestinya dengan wang ringgit, dan tak semestinya untuk orang susah je.
Kadang-kadang ada orang yang kita tahu dia kaya tapi mana kita tahu saat itu
dia susah dan dia malu nak minta tolong dengan kita? Memberilah dengan apa
sahaja yang kita mampu, seperti tenaga, masa, kepakaran kita. Ustazah pernah
sekali tu, tolong student hs dalam Bahasa arab, dia tak dapat graduate sebab
tak lulus Bahasa arab. Setiap hari ustazah peruntukkan masa satu jam untuk ajar
dia tanpa bayaran sebab ustazah tahu waktu tu dia susah. Dan lama lepas tu,
beberapa bulan lepas dah habis ajar, waktu tu ustazah perlukan duit, tetiba dia
datang bagi sampul surat kat ustazah. Bila ustazah buka, rupanya dalam tu ada
300 us dollar. Ustazah tak pernah minta semua ni, tapi Allah bagi at the right
place, at the right time”
“Subhanallah ustazah. Terima kasih sangat. Sebenarnya hari
ni ada beberapa peristiwa yang berlaku, tapi bila saya dengar cerita ustazah,
saya rasa macam semua puzzle saya dah terjawab.”
“Solihah kena banyak jadi manfaat pada orang. Setiap peluang
yang ada untuk kita tolong orang gunakan sebaiknya, ambil dan rebut. Sebab tak
semua peluang akan berulang”
**********************
Begitu cepat Allah membalas dan menjawab segala keraguan
saya sebentar tadi. Saya termenung sendiri. Kenapa ya, tiba-tiba ustaz yang
saya dah lama tak contact, tiba-tiba mesej saya? Kenapa hari ni juga saya
berjumpa ustazah dan bercerita tentang ini?
Inilah didikan secara direct dari Dia. Betapa saya yang
tidak perlu merasai susah, tidak perlu bersusah payah mencari duit untuk membayar
yuran, tidak perlu korbankan masa belajar untuk bekerja, malah tidak perlu
risau dari mana sumber yang saya perlu cari untuk bayar yuran setiap semester.
Bahkan saya yang dalam situasi ini masih berkira, masih berfikir, masih
ragu-ragu untuk bersedekah hanya kerana kita tidak kenal siapa penerimanya.
“Macam mana kalau itu sindiket? Macam mana kalau dia tipu
kita? Macam mana kalau sebenarnya dia tak susah pun?”
Saya tak jumpa jawapan yang paling menenangkan selain :
serahlah semuanya kepada Allah. Itu antara dia dan Allah. Siapa kita untuk
menghukum sesuatu yang kita tidak nampak? Sesuatu yang kita sendiri tidak
yakin? Kalau benar dia menipu, maka dia berdosa kerana memperoleh duit secara
haram. Tetapi dari sisi kita, kita tetap dapat ganjaran kerana kita niat
membantu dan bersedekah. Malah setiap kelebihan kita bersedekah tu tetap kita
dapat. Awak, ganjaran sedekah ni sangat hebat. Hatta nabi kata bersedekahlah
walau dengan separuh kurma,itupun dapat membantu kita dari seksa neraka. Lalu
nikmat apa lagi yang kita dustakan? Itu baru satu. Hakikatnya bila ada yang
datang meminta kepada kita, itu satu peluang memberi, satu peluang manfaat, satu
ruang pahala. Kenapa kita siakan hanya kerana zhon kita?
Saya teringat seorang ustaz pernah berkata, manusia ini satu
yang paling besar dalam diri dia adalah ego dan maruah. Orang yang datang
meminta pada kita hakikatnya dia dah korbankan satu benda yang besar yang semua
orang nak jaga. Nak datang minta tolong bukan satu perkara yang mudah, apatah
lagi minta duit. Cukuplah kita berpegang yang ini untuk kita menangkis zhon
yang mula bertapak di hati kita.
Dan yakinlah.. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Kita
usaha untuk dapatkan duit, kita usaha siang dan malam sebenarnya bukanlah
keseluruhannya dari usaha kita. Siapa yang izinkan kita untuk bekerja? Siapa
yang kurniakan kudrat dan kesihatan lalu kita boleh bekerja? Berapa ramai yang kemalangan
,lumpuh patah kaki lalu terpaksa berhenti kerja? Berapa ramai yang ada
keputusan cemerlang tapi tak dapat kerja? Hakikatnya semua yang berlaku kerana
Allah.. Semuanya milik Dia. Kita nak kedekut dengan apa yang bukan milik kita?
Kita nak berkira dengan makhluk dari pemilik yang sama? Siapa tahu Allah
aturkan rezeki dia melalui kita?
Kita permudahkan rezeki orang lain, permudahkan urusan orang
lain, berkali-kali Allah permudahkan rezeki kita. Cash hari ni Allah ajar.
Berkali-kali saya cuba untuk daftar subjek tersebut tetapi tak dapat, dan hari
ni Allah permudahkan melalui bantuan dari ustaz tanpa disangka-sangka. Tak
pernah terfikir pun nak minta tolong ustaz. Benarlah ilmu itu rezeki. Segalanya
dengan izin Allah.
Marilah kita semua menggunakan apa sahaja yang kita ada
untuk bermanfaat pada orang lain. Cuba untuk tidak menolak setiap kali ada yang
datang meminta bantuan, bantulah semampu yang boleh.
Orang yang bijak adalah orang yang menghisab umurnya untuk
mengutip buahnya di akhirat nanti. Umur kian meningkat, masa kian suntuk.. Ayuh
gunakan sebaiknya !
أحب الناس إلى الله أنفعهم للناس
Jom awak, kita sama-sama J
Mengejar dua kemenangan, kerna yang abadi itu di syurga.
*Nama dalam cerita bukan nama sebenar. Identiti dirahsiakan.